Slow Sangat Unboxing Hadiah, Member Sebelah Pula Menahan Geram Tunggu Nak Tahu Hadiah Apa
Slow sangat tu bang.
Apabila kita diberikan hadiah, pastinya kita akan menghargainya betul tak?
Lain orang, lain cara dia menghargainya. Ada sesetengah orang, bila dapat hadiah yang berbalut cantik dan kemas, dia akan buka satu persatu kertas balutan hadiah dan menyimpannya.
Tetapi ada juga yang terlalu teruja untuk tahu isi hadiah yang diberi, kertas balutan hadiah terus dikoyakkan betul tak?
Sama seperti sebuah video yang tular di laman sosial baru-baru ini, apabila seorang lelaki sedang membuka balutan hadiah. Namun, reaksi rakannya yang menahan geram pula telah mengundang tawa ramai.
Lihat video penuh itu di bawah
Tak tahan tengok kawan buka hadiah slow sangat
Menerusi video yang dimuat naik oleh @trisyia_dna, kelihatan dia berkongsi situasi ketika mereka sedang menunggu rakan mereka membuka hadiah.
Apa yang menghiburkan orang ramai adalah apabila lelaki itu buka hadiah terlalu berhati-hati dan perlahan. Situasi itu membuatkan rakan sebelahnya hilang sabar dan seolah-olah seperti ingin naik hantu.
Di ruangan komen pula, dia berkata kalau buka perlahan tapi balutan masih cantik tak mengapa. Tetapi rakannya itu buka perlahan tapi balutannya tetap koyak.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Member dah kerasukan dah tu geram nak tolong bukakan hadiah" - Netizen
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!