seismik

Satu Keluarga Celebrate Birthday Pekerja Favourite Di Kedai Mamak Ini Buat Ramai Tersentuh

Sweetnya!

Cover image via @nasikerabu77 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Warga asing bukanlah individu yang perlu kita hindari sepanjang masa

Seringkali kita mendengar berita mengenai perwatakan warga asing yang bersifat jahat, pengotor dan sebagainya. Namun, tidak semua warga asing yang mempunyai sifat sebegitu.

Sebenarnya, ada juga warga asing yang baik hati. Oleh itu, janganlah kita memukul rata dan menganggap mereka semua bersifat jahat. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman sosial TikTok apabila seorang gadis berkongsi momen ketika menyambut hari kelahiran seorang pekerja asing di kedai mamak telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Pekerja favourite nak balik kampung, satu family sempat celebrate birthday

Menerusi video berkenaan, kelihatan dia dan ahli keluarganya sedang memberikan kejutan untuk pekerja favourite mereka di sebuah kedai mamak.

Difahamkan, pekerja kedai mamak yang bernama Sankar itu akan pulang ke kampung halamannya. Ekoran itu, mereka membuat kejutan dengan menyambut hari kelahirannya kerana Sankar merupakan pelayan kegemaran mereka.

Sebaik saja kek dikeluarkan, riak wajah Sankar jelas menunjukkan rasa terkejut. Malah, dia juga sempat memeluk ayahnya sebagai tanda terima kasih.

"Tak sure dia Sankar ke saya yang Sankar. Sebab saya yang bergenang air mata ni" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 52.4K views, 9,197 likes dan 166 comments di TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa sebak dan memuji kebaikan keluarga itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Alahai, comelnya momen ni. Take care Sankar! <3

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: