seismik

"Why Are You Late?" - Anak Marah Ayah Gara-Gara Balik Lewat Maghrib Ini Mencuit Hati Ramai

Amboi, garangnya dik!

Cover image via @ierashac (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Didikan pertama anak-anak adalah bermula dari rumah

Ibu bapa merupakan individu yang bertanggungjawab untuk memberikan didikan kepada anak-anak mereka.

Didikan ini bukanlah dari segi ilmu pelajaran semata-mata. Ia juga termasuk dalam penerapan nilai murni yang perlu diterapkan di dalam diri anak-anak.

Baru-baru ini, tular sebuah video apabila seorang kanak-kanak dilihat sedang memarahi ayahnya kerana balik rumah pada waktu Maghrib telah mencuit hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@ierashac Replying to @opiee02 Kita dulu kalau balik time2 macam ni, sebelum masuk rumah, dapat habuan dulu. #IDarwish #parents #asianparenting #parenting #fyp Funny - Gold-Tiger

Siap pegang hanger kononnya nak tunjuk garang

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @ierashac, kelihatan dia menunjukkan situasi ketika suaminya dimarahi oleh anak mereka.

Gara-gara pulang dari berbasikal pada waktu Maghrib, si cilik itu memarahi ayahnya. Malah, dia siap pegang hanger kononnya ingin tunjuk garang kepada ayahnya.

Si cilik itu turut memberi pesanan kepada bapanya dan berkata "Next time no cycling. Already night. You see it's already night".

"Itulah, dah tak tahu nak balik sebelum Maghrib. Kan dah kena bebel dengan anak" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 259.6K views, 21K likes dan 333 comments di TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan telatah si cilik itu yang petah berkata-kata semasa memarahi ayahnya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Lepas ni mommy tak payah bebel dah sebab anak dah ganti :P

Image via Gfycat

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: