[VIDEO] Lain Macam Letak Sticker 'P' Dekat Luar Cermin Kereta Ini Bikin Tawa Ramai
Abang silap sticker eh?
Bagi sesiapa yang baru sahaja mendapatkan lesen memandu wajib untuk mereka menampal sticker P
Hal ini kerana, sticker ini adalah untuk menandakan bahawa pemandu itu baru sahaja lulus daripada ujian memandu. Sticker ini juga mempunyai dua jenis iaitu untuk motosikal dan kereta.
Bagi sticker P untuk motor ia harus ditampal di bahagian depan dan belakang motor. Manakala untuk kereta pula ditampal di bahagian belakang kanan kereta.
Namun, tular pula sebuah video apabila seorang individu merakam situasi ketika dia melihat sebuah kenderaan yang menampal sticker P di luar cermin kereta telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tampal sticker P di luar cermin belakang kereta
Menerusi perkongsian video berkenaan, kelihatan dia merakam sebuah kereta yang dihadapannya.
Apa yang menarik perhatiannya adalah apabila dia melihat sticker P kenderaan tersebut berada di luar cermin kereta.
Situasi itu membuatkan rata-rata netizen berpendapat disebabkan keretanya memakai tinted. Tetapi difahamkan, kereta itu tidak memakai tinted yang gelap.
Namun, ada juga yang sedar bahawa itu sebenarnya sticker P untuk motosikal dan bukanlah untuk kereta.
"Ye first time dulu pun aku pakai sticker motor punya. Letak dekat dalam guna sellotape" - Netizen
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!