seismik

"Nikah Bawah Umur Adalah Wajar Dan Suatu Keperluan Di Kelantan" - PAS

Dengan syarat pasangan yang ingin berkahwin perlu mendapatkan keizinan bertulis daripada mahkamah.

Cover image via wordpress.com

PAS Kelantan tidak bersetuju untuk meminda umur minimum bagi mana-mana pasangan beragama Islam untuk berkahwin di negeri itu

Gambar sekadar hiasan

Image via FMT

Menurut mereka, ianya bukan suatu keperluan memandangkan amalan nikah bawah umur adalah dibenarkan syarak.

Di samping itu, amalan ini juga selaras dengan peruntukan Seksyen 8 Enakmen Keluarga Islam Kelantan 2002 yang membenarkannya dengan syarat mendapat keizinan bertulis mahkamah.

Semalam telah berlangsung persidangan meja bulat mengenai isu perkahwinan bawah umur di Kelantan

Memetik laporan Utusan Online, para peserta bersetuju dan menerima resolusi bahawa amalan berkenaan wajar, malah jika mengikut konteks Kelantan, ia adalah suatu keperluan.

Ketetapan itu adalah satu daripada tujuh resolusi yang dicapai dalam program anjuran bersama kerajaan PAS Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jheaik) dan Pertubuhan Lepasan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) Kelantan di Kota Bharu.

Selain itu, persidangan turut tidak bersetuju kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah tidak dibenarkan berkahwin tanpa sebarang pengecualian

Perkara ini telah didesak oleh Konvensyen Me­­­ngenai Hak Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCRC) dan Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW).

Image via ohbulan.com

“Dua konvensyen ini tidak sesuai dilaksanakan khususnya bagi orang Islam di Kelantan dengan mengambil kira kebejatan sosial hari ini serta telah wujud­nya mekanisme ketat kawalan perkahwinan bawah umur yang telah diperuntukkan dalam undang-undang dan piawaian operasi standard (SOP) yang digariskan.

“Kemaslahatan perkahwinan pasangan bawah umur hendaklah dinilai melalui penelitian menyeluruh daripada aspek kerelaan pasangan dan kesedia­an mendirikan rumahtangga seperti kemampuan, emosi, fizikal, mental, seksual, sosial, spiritual, kesihatan, pendidikan, sekufu dan sebagainya,” kata resolusi itu.

Malaysia sebelum ini telah digemparkan dengan berita perkahwinan seorang gadis berusia 11 tahun dengan seorang lelaki berusia 41 tahun yang sudah pun mempunyai dua isteri

Image via Facebook

Sejak daripada itu, isu perkahwinan bawah umur menjadi satu topik perbincangan hangat di kalangan rakyat dan turut dibawa ke dalam Parlimen.

Timbalan Perdana Menteri, DS Dr Wan Azizah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menegaskan untuk menaikkan had umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun.

Beliau berkata KPWKM dan Jabatan Kehakiman Syariah akan bekerjasama menggubal garis panduan yang lebih ketat dan menyeluruh bagi proses meluluskan perkahwinan kanak-kanak oleh Mahkamah Syariah.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sisters In Islam juga pernah bersuara:

You may be interested in: