“Kanak-Kanak Non Muslims Lebih Ramai Kahwin Bawah Umur Daripada Muslim” - DS Wan Azizah

Perkara ini juga kini membuktikan masalah perkahwinan bawah umur adalah isu nasional, dan bukan sahaja spesifik kepada masyarakat Islam sahaja.

Semenjak dua menjak ini, isu perkahwinan bawah umur menjadi bual bicara banyak pihak ekoran kes seorang peraih getah berumur 41 tahun yang telah bernikah dengan kanak-kanak berusia 11 tahun

Image via Kosmo

Isu ini juga telah mencetus perdebatan hebat di mana ramai yang mempersoalkan kesahihan perkahwinan tersebut sama ada ianya benar-benar sah dari sudut agama Islam ataupun tidak.

Di samping itu, isu ini juga telah membuat ramai yang bersangka bahawa perkahwinan bawah umur adalah masalah yang lebih tertumpu kepada masyarakat Islam kerana Mahkamah Syariah membenarkan perkahwinan sedemikian diadakan dengan syarat ianya telah mendapat kelulusan ibu bapa perempuan tersebut.

Namun begitu, data statistik 2017 perkahwinan bawah umur mengikut agama dan etnik telah dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah yang menunjukkan beberapa data mengejutkan

Dalam data tersebut seramai 1,845 orang kanak-kanak bawah umur telah berkahwin dengan pasangan dewasa. Daripada jumlah ini, 968 adalah kanak-kanak bukan Islam manakala 877 kanak-kanak adalah beragama Islam.

Perkara ini juga kini membuktikan masalah perkahwinan bawah umur ini adalah isu nasional, dan bukan sahaja spesifik kepada masyarakat Islam sahaja.

Pecahan etnik Bukan Islam itu pula menunjukkan kanak-kanak etnik Cina paling banyak berkahwin dengan pasangan dewasa, diikuti dengan etnik Sarawak.

Image via Girl Talk HQ

Statistik tersebut merupakan jawapan DS Wan Azizah yang juga merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terhadap soalan Kasthuriraani Patto di Dewan Rakyat.

"Saya berharap statistik yg cukup mengejutkan ini mendapat perhatian kabinet supaya pindaan RUU yang bersesuaian dapat dibentangkan untuk dibahas & diluluskan," ujar Ahli Parlimen Batu Kawan itu dalam laman Facebook beliau.

Berikut merupakan jawapan penuh DS Wan Azizah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment