5 Perkara Yang Anda Patut Buat Supaya Darah Pahlawan Tidak Hilang
Bukan senang nak ada darah pahlawan mengalir dalam diri. Tapi macam mana nak kekalkannya?
1. Elakkan tengok cerita hantu
Filem Insidious Chapter 3 baru saja menjengah ke panggung wayang seluruh Malaysia semalam (4 Jun 2015). Mungkin orang yang ada darah pahlawan juga akan tewas selepas menonton.
2. Jangan biarkan keputusan perlawanan bola sepak negara menggugat anda
Seperti yang kita tahu, Malaysia baru saja tewas 0-1 di tangan Thailand semalam (4 Jun 2015). Lebih buruk lagi, kemungkinan besar pasukan kita tidak layak untuk pergi ke pusingan seterusnya dan boleh balik awal. Memang boleh gugur darah pahlawan bila fikirkan balik.
3. Jangan beritahu orang lain yang anda ada darah pahlawan
Najib: "Saya tidak akan patah semangat, darah dalam diri saya ini bukan darah sembarangan, saya mungkin dilihat adakalanya bersemangat diplomatik, tapi semangat kepahlawanan tetap ada dalam saya."
Kenapa jangan beritahu? Dikhuatiri orang akan nampak diri kita ini kononnya seperti seorang yang gagah perkasa. Tetapi hakikatnya tidak pun.
4. Jangan kongsi bantal dengan isteri
Najib: "Saya gembira kerana saya tidak berseorangan. Malam ini saya boleh tidur nyenyak, isteri saya pun boleh tidur nyenyak, kami tidur sebantal, mimpi pun sama, kami rasa lega kerana Sarawak BN jelas begitu ikhlas menyokong, saya boleh baca hati orang."
Seseorang mesti perlu ada bantalnya sendiri ketika tidur. Barulah boleh tidur dengan nyenyak. Kalau kongsi dengan orang lain, tidur akan terganggu dan pada masa yang sama anda akan tak cukup tidur. Bila tak cukup tidur, mulalah badan rasa lemah dan tak bermaya. Darah pahlawan pun tak akan dapat membantu.
5. Jangan tak hadir pada apa-apa majlis yang anda telah dijemput
"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak hadir program 'Dialog PM bersama NGO' pagi ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kerana faktor keselamatan atas nasihat Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar."
Sudahlah majlis itu diadakan semata-mata untuk anda datang, tetapi anda sendiri yang tidak hadir. Jadi nak buat macam mana? Kalau perkara ini berlaku, maknanya darah pahlawan dalam diri anda telah hilang. Setuju?