seismik

'Pagi Jumaat Dah Lawak' - Pecah Perut Netizen Bila Mufti Bagi Jawapan Win Tentang Arsenal

Aduuhhh tak sangka mufti ni kelakar.

Cover image via Twitter @afaizrosli & Twitter @drzul_albakri

Siapa sangka pak mufti pun pandai berseloroh... kat Twitter pulak tu!

Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Image via NST

Kebiasaannya masyarakat memandang mufti dan ahli agamawan sebagai orang-orang yang serius yang mungkin tidak pandai bergurau senda. Ilmu agama yang mereka miliki menjadikan mereka dipandang tinggi dan amat disegani.

Sebagai ahli agamawan juga, mereka ini selalunya dijadikan tempat untuk masyarakat bertanyakan soalan perihal agama Islam sekiranya ada kemusykilan. Jarang pula kita melihat orang pergi kepada mereka untuk membuat lawak jenaka.

Tapi kali ini, lain pula ceritanya dengan perbualan ringkas seorang netizen bersama Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri atau lebih dikenali sebagai Ustaz Zul

Netizen tersebut, Faiz Rosli dengan tweethandle @afaizrosli berseloroh bertanyakan soalan tentang pasukan bola sepak kegemarannya, Arsenal kepada Ustaz Zul malam tadi.

Soalannya berbunyi, "Salam mufti, apa nasihat untuk Arsenal?"

Pasti ada yang tertanya-tanya, kenapa Faiz tiba-tiba tanya pasal bola sepak kepada Ustaz Zul?

Bercakap kepada SAYS, Faiz berkata dia bertanyakan soalan itu selepas menyedari bahawa Ustaz Zul adalah seorang penyokong tegar pasukan Liverpool.

Perkara ini dibuktikan menerusi sebuah artikel yang ditulis oleh Ustaz Zul sendiri tentang Liverpool yang berjudul 'Liverpool Sang Juara Yang Bangkit Semula'. Artikel tersebut telah diterbitkan semalam, 3 Oktober 2019 menerusi slot Qalam Mufti di portal rasmi Mufti Wilayah Persekutuan.

Ini dia reply daripada Ustaz Zul. Serius kelakar!

Tweet Ustaz Zul ini mendapat hampir 12,000 retweets dan 10,000 likes ketika artikel ini ditulis.

Netizen yang membacanya semua berdekah habis!

Eh, menyibuk pulak penyokong team merah yang lagi satu ni

Faiz menambah, Ustaz Zul turut menulis sebuah artikel selepas Liverpool menjuarai Champions League pada Jun lalu

Image via Liverpool FC

Hasil siasatan kami mendapati bahawa perkara itu memang benar. Buat masa ini, Ustaz Zul sudah pun menulis bukan dua tetapi tiga artikel mengenai Liverpool.

Sebuah lagi artikel ditulis pada 11 Mei selepas Liverpool menewaskan Barcelona 4-0 di gelanggang sendiri tanpa kehadiran dua tunggak utama, Mo Salah dan Roberto Firmino.

Image via Express UK

Steady Ustaz Zul! You'll never walk alone. ;)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Okay, jom belajar tentang hukum Islam pula:

You may be interested in: