seismik

Pelaksaan Semula PLKN Kali Ini Bakal Libatkan Pelajar Tingkatan 4 & 5 - Kerajaan

Difahamkan, kerajaan akan melaksanakan semula PLKN yang dimansuhkan pada 2018 menerusi dua fasa.

Cover image via Kosmo! & New Straits Times

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan dilaksanakan semula tidak lama lagi setelah dimansuhkan sejak 2018

Menurut sumber, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata program itu akan dilaksanakan menerusi dua fasa.

Fasa 1 akan melibatkan pelajar Tingkatan Empat melalui silibus Kementerian Pendidikan (KPM) yang mengandungi silibus kokurikulum seperti kadet polis, bomba dan pengakap.

Manakala, pelajar Tingkatan Lima yang dikecualikan untuk menjalankan latihan di Fasa 1 bagi memberi laluan kepada mereka melakukan persediaan menempuhi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Jadi, mereka akan menyertai Fasa 2 di kem latihan tentera wataniah sedia ada.

Image via The Sun Daily

Tempoh pelaksanaan PLKN Fasa 2 hanya akan dijalankan selama 45 hari

"Jawatankuasa yang sudah dilantik itu memberi pandangan kepada pihak kementerian dan kementerian memohon supaya ia diubahsuai sehingga ke satu tahap yang mana melihat kepada kepentingan penyertaan daripada peringkat sekolah lagi dan bukan saja fasa selepas sekolah.

"Selepas pembabitan belia dalam PLKN ini, mereka akan disambut oleh agensi lain sebagai kesinambungan kelahiran mereka daripada program ini," katanya.

Kerajaan juga akan memanfaatkan 13 kem tentera wataniah di seluruh negara untuk pelaksanaan PLKN ini yang mana tenaga pelatih membabitkan anggota tentera sendiri.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Image via Astro Awani

Sementara itu, ramai dikatakan terkejut PLKN kali ini juga sasar rakyat berumur 18-35 tahun. All the best untuk semua bakal pelatih!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: