seismik

Pemuda Ini Tunjuk Perbezaan Bila Perempuan & Lelaki Masak Lauk, Ramai Pula Dapat Relate

Macam betul kan?

Cover image via @alwopee (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tugas memasak kebiasaannya menjadi kepakaran bagi kaum perempuan kerana mereka lebih handal

Tetapi zaman sekarang ramai juga lelaki yang lebih handal memasak daripada perempuan. Buktinya lihat saja chef-chef di hotel, kebanyakannya dimonopoli oleh kaum lelaki.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang pemuda melakonkan kembali perbezaan antara perempuan dan lelaki bila memasak mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Lakonkan kembali cara perempuan dan lelaki tunggu lauk masak

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pemuda sedang melakonkan kembali perbezaan antara kaum perempuan dan lelaki ketika menunggu lauk masak.

Bagi perempuan, dia menujukkan bahawa mereka siap sempat melakukan pelbagai tugasan lain pada masa yang sama sementara menunggu lauk masak. Antara kerjanya adalah membasuh baju, menyapu sampah dan banyak lagi.

Namun, bagi lelaki pula dia menunjukkan mereka akan menunggu saja tanpa melakukan tugasan lain sehinggalah lauk siap dimasak. Apa yang lebih menghiburkan adalah pemuda itu siap melakonkan kaum lelaki hanya berdiri dan merenung saja lauk berkenaan.

"Hahaha aku masak meggi siap amik kerusi duduk depan tu" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lelaki tersebut. Malah, ramai juga yang boleh relate dengan lakonannya itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 86.1K views, 11K likes dan 524 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Ramai pula dapat relate ya, maknanya betul lah tu :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: