seismik

[VIDEO] Gadis Minta Tolong Betulkan Kereta, Sekali Dapat Pickup Line Dari Abang Bomba

Amboi bang.

Cover image via @hotfm976 (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bomba merupakan organisasi awam yang menyediakan perkhidmatan memadam serta meredakan bencana kebakaran

Bukan itu saja, malah mereka ini juga turut sedia membantu orang ramai dalam pelbagai masalah selain kebakaran. Contohnya membantu untuk menyelamat.

Namun, lain pula dengan video yang tular di Instagram ini apabila sekumpulan bomba yang membantu seorang gadis tiba-tiba memberi pickup line mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Cuba nasib bagi pickup line dekat gadis itu

Menerusi video perkongsian tersebut, kelihatan sekumpulan anggota bomba sedang membantu seorang gadis yang mengalami masalah dengan keretanya.

Pada mulanya bomba itu menunjukkan ada sesuatu di pintu kereta gadis itu, tetapi gadis tersebut mengatakan tidak mengapa kerana sedikit saja.

Namun, tidak lama selepas itu salah seorang daripada anggota bomba itu cuba untuk memberi pickup line kepada gadis berkenaan dengan caranya tersendiri. Perkara itu membuatkan rakan-rakannya yang lain tergelak mendengarnya. Malah, beberapa orang anggota bomba itu juga dilihat turut mengusik gadis tersebut.

Difahamkan video ini berlaku sebelum pandemik Covid-19 melanda di negara kita. Ia kemudiannya menjadi kembali hangat di media sosial.

"Sambil menyelam minum air orang kata" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat abang bomba tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 203K views, 28,255 likes dan 309 comments di Instagram.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Instagram:

Aduhai bang sempat lagi bagi pickup line tengah-tengah buat kerja tu :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: