seismik

MyNews Lancar Peraduan Buy, Snap & Win. Peluang Menangi Hadiah Sehingga RM10,000 & PS5!

Peraduan ini bermula pada 5 Mac sehingga 30 April 2024.

Cover image via @mynewsmalaysia (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bersempena Kempen RaRa Macam Dulu Dulu yang dianjurkan oleh Media Prima Berhad, Peraduan MyNews Buy, Snap & Win ada menawarkan pelbagai hadiah menarik yang bakal menanti anda

Nilai hadiah terkumpul untuk peraduan ini adalah sehingga RM10,000 dan anda juga berpeluang memenangi PlayStation 5. Wah!

Peraduan MyNews Buy, Snap & Win, boleh menang PS5!

Peraduan ini dilakukan untuk mengimbau nostalgia lalu kerana anda perlu mencipta pantun unik. 

Secara tidak langsung, ia juga boleh menerapkan nilai kreativiti dengan menguji kebolehan orang ramai, khususnya generasi muda.

Elemen pantun ini juga bertujuan untuk meraikan warisan budaya dan memupuk rasa minat terhadap seni dan tradisi yang indah ini.

Pantun lazimnya terdiri daripada empat baris yang berima dan biasanya membawa mesej kepentingan budaya dan sejarah.

Peraduan ini bermula pada 5 Mac sehingga 30 April 2024. Antara hadiah yang bakal menjadi milik anda adalah PS5, Instax Fujifilm dan banyak lagi!

Caranya mudah sahaja:

– Beli bag Maru x Macam Dulu Dulu berharga RM10 sahaja dengan pilihan 2 biji Ban Maru Bake.

– Ambil gambar anda bersama beg tersebut dengan kapsyen pantun 2 kerat yang kreatif.

– Pastikan anda guna hashtag #myNEWSMalaysia #MaruKafe #RaraMacamduludulu #Macamduludulu

Pemenang berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM10,000. Seorang pemenang bertuah juga berpeluang membawa pulang PS5 baru!

Jadi, anda tunggu apa lagi? Jom serbu MyNews berdekatan anda hari ini, rugi tau tak join!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: