seismik

Perdana Menteri & Semua Jemaah Menteri Bakal Potong Gaji 2 Bulan Untuk Tabung Covid-19

Langkah tersebut dibuat bagi membuktikan kesungguhan kerajaan dalam membantu mereka yang telah menerima kesan akibat penularan wabak Covid-19.

Cover image via

Jemaah Menteri akan memotong gaji selama 2 bulan untuk disalurkan ke dalam Tabung Covid-19

Perkara ini telah diumumkan melalui kenyataan media yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri pada 26 Mac 2020.

Image via Malaysianview

Dalam kenyataan tersebut, dijelaskan bahawa langkah tersebut dibuat bagi membuktikan kesungguhan kerajaan dalam membantu mereka yang telah menerima kesan akibat penularan wabak Covid-19.

Pada 11 Mac yang lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan Tabung Covid-19 bagi membantu rakyat yang tidak bekerja dan terjejas berikutan dikuarantinkan dalam bentuk kewangan

Tabung tersebut dikendalikan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), sumbangan boleh disalurkan kepada akaun 16010001138714 (Bank Muamalat - Tabung Bantuan Bencana Negara).

Image via Google

Menerusi laporan Berita Harian, difahamkan juga kerajaan telah menawarkan potongan cukai bagi sumbangan dan derma yang dibuat sama ada dalam bentuk tunai atau barangan kepada Tabung COVID-19 dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Baca kenyataan penuh di bawah:

Image via imgur.com

Dalam pada itu ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS:

You may be interested in: