Perkasa Kerjaya Bidan Profesional, iBidan Meterai MoU Bersama Wanita Berdaya Selangor

Daripada kesempitan kewangan ke kerjaya profesional, iBidan perkasa wanita di SICE 2026.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Platform perkhidmatan penjagaan ibu di rumah, iBidan, memeterai kerjasama strategik menerusi Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Wanita Berdaya Selangor (WBS) sempena Selangor International Care Expo (SICE) 2026 demi memperkukuh peluang kerjaya wanita dalam sektor ekonomi penjagaan (Care Economy) baru-baru ini

Pertukaran dokumen MoU tersebut disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif WBS, Puan Siti Faridah Binti Abdul Samad, bersama Pengasas iBidan, Shannon Eu, serta disaksikan oleh EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, YB Puan Anfaal Saari.

WBS merupakan agensi di bawah MBI Selangor yang menerajui agenda pemerkasaan wanita negeri. Kerjasama ini bakal meneroka inisiatif pendidikan komuniti, kesedaran pemulihan ibu selepas bersalin, serta pembangunan kemahiran dan kerjaya bidan secara profesional menerusi penawaran waktu kerja yang lebih fleksibel.

Berbekalkan pengalaman selama 19 tahun, iBidan kini mengendalikan rangkaian lebih 500 bidan di Malaysia dan Singapura menerusi sistem tempahan tersusun dan sokongan operasi.

Model perkhidmatan di rumah ini membolehkan pengamal penjagaan tradisional menjana pendapatan lebih tinggi tanpa perlu membuka pusat perkhidmatan fizikal sendiri.

SAYS.com
Image via iBidan

Sempena majlis tersebut, iBidan turut menganjurkan forum bertajuk "Building Careers. Changing Lives. — Real Stories from the Women Behind iBidan" yang menampilkan tiga kisah transformasi hidup pengamal penjagaan kesihatan wanita tempatan

  • Norita Jawan Abdullah (Bidan NJ): Mantan pekerja korporat dan pemilik spa yang pernah berdepan masalah kewangan serta hutang RM20,000 daripada pemberi pinjaman tidak berlesen. Selepas menyertai iBidan, pendapatan bulanan beliau meningkat daripada bawah RM3,000 kepada purata RM7,000 hingga RM9,000 sebulan, dengan komisen tertinggi mencecah RM20,965.20. Hasilnya, beliau berjaya melangsaikan semua hutang serta membiayai pengajian ijazah anak-anaknya di United Kingdom dan tempatan.
  • Siti Fatimah Binti Abd Aziz (Bidan Eima): Mantan penyelia LHDN dan peniaga jalanan yang melepaskan jawatan demi menjaga ibu dan bapanya yang uzur. Menerusi latihan dan penilaian iBidan, pendapatan beliau melonjak daripada RM2,500 kepada RM5,000 hingga RM8,500 sebulan. Kini bergelar Grand Master Bidan, beliau berjaya memiliki kediaman serta kenderaan sendiri, selain diiktiraf menerusi anugerah antarabangsa di Yunnan, China.
  • Amirah Binti Ab Azis (Bidan Mira Azis): Mantan jurujual bebas yang sebelum ini meraih pendapatan di bawah RM2,000 sebulan. Menerusi fleksibiliti masa kerja sekitar dua hingga empat jam sehari bersama iBidan, pendapatan bulanan beliau meningkat kepada purata RM4,000 hingga RM6,000, sekali gus memberi lebih masa berkualiti dan keselesaan hidup buat anak-anaknya.

ㅤ

Inisiatif kerjasama iBidan dan WBS ini membuktikan bahawa pemerkasaan wanita menerusi pengiktirafan kemahiran penjagaan profesional berupaya meningkatkan kestabilan ekonomi isi rumah secara mampan dan inklusif.

Untuk maklumat lanjut mengenai iBidan, anda boleh sahaja layari https://ibidan.com.my/ atau https://ibidan.com.sg/en!

SAYS.com
Image via iBidan

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: