seismik

Pernah Tak Anda Tersalah Tarik Pintu Yang Sepatutnya Anda Tolak? Inilah Sebabnya

Siapa yang pernah, angkat tangan!

Cover image via SAYS

Kami percaya mesti perkara ini pernah berlaku kepada anda bukan? Sebenarnya, ia bukan salah anda tetapi salah pintu itu sendiri.

Image via giphy.com

Adakah anda selalu keliru apabila menolak pintu yang sepatutnya ditarik? Dan sebaliknya?

Kebanyakan pintu meletakkan tanda tarik ataupun tolak untuk memudahkan pengguna. Tetapi masih ada banyak pintu yang direka tanpa meletakkan apa-apa tanda.

Ini membuatkan ramai orang keliru dan melakukan perkara yang bertentangan untuk membuka pintu itu. Ia sungguh mengelirukan dan juga memalukan di mana anda akan menyalahkan diri anda.

Seorang wartawan media dari Vox, Joe Posner memberitahu di mana beliau sering perasan bahawa ramai dari rakan sekerjanya yang sering tertipu dengan sebuah pintu di dalam bangunan tempat kerja mereka. Beliau kemudiannya menyiasat mengapa perkara tersebut berlaku dan akhirnya beliau menjumpai seorang jurutera, Don Norman, yang menjelaskan perkara berkenaan.

Menurut Don Norman, beliau menjelaskan bahawa pintu yang direka sebegini dikenali sebagai Pintu Norman

Image via GIPHY

Pintu ini dikenali sebagai pintu Norman yang merupakan sejenis pintu di mana reka bentuk ini memberitahu anda untuk melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang anda sebenarnya patut lakukan.

Menurut temuduga Joe bersama Don Norman, beliau menjelaskan bahawa pintu Norman ini biasanya digunakan oleh arkitek.

Menurut beliau lagi, pintu sepatutnya direka mengikut kesesuaian dan memberi kemudahan bagi pengguna dan bukan sebaliknya.

Tanpa tanda tolak atau tarik di pintu, pengguna perlu meneka sama ada untuk menarik atau menolak pintu tersebut.

Melalui temuduga itu, Don juga menjelaskan tiada sebab untuk reka bentuk ini masih digunakan kerana terdapat pelbagai penyelesaian yang dapat diambil untuk menyelesaikan masalah ini. Namun pintu ini masih lagi dapat dilihat berada di mana sahaja sehingga ke hari ini.

Tanpa tanda tolak ataupun tarik diletakkan di pintu, ia akan memakan masa pengguna untuk membuka pintu tersebut. Oleh itu, Don berpendapat bahawa arkitek perlu menitikberatkan tentang rekaan pintu yang digunakan oleh mereka. Jika mereka menggunakan istilah pintu Norman, tanda tolak atau tarik perlulah diletakkan di pintu itu.

Reka bentuk pintu yang sering menggelirukan pengguna.

Image via 99PercentInvisible

Rekaan bentuk pintu yang betul dengan tanda tolak diletakkan bagi memudahkan pengguna.

Image via News Au

Dalam video di bawah, Don Norman akan menjelaskan lebih lanjut mengenai reka bentuk pintu yang mengelirukan ini

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Cakap pasal pintu, anda dah baca artikel-artikel ini?

You may be interested in: