'Jangan Layan Kehendak Kau Yang Merapu Tu' - Pesan Akak Untuk Insan Bergelar Pelajar
Betul apa akak ni cakap.
Assalamualaikum. Thanks to admin sebab post confession ni. Aku tuju pesan ni khas buat adik2/freshie yang baru nak menempuh alam Universiti. Aku share ni berdasarn pengalaman aku sendiri. Takdanya nak copy paste dari mana2 artikel etc. Aku nak kau hadam pesanan aku ni supaya kau tak menyesal di kemudian hari. Untuk kebaikan kau juga.
Di Universiti, kau akan dihadapkan dengan bazaar fair and what not almost every semester. Mungkin lagi kerap. So, kau kena bijak kat situ. Selalu bazaar fair ni muncul waktu duit kau tengah banyak. Kebanyakan duit kau akan habis kat situ kalau kau tak mampu nak kawal nafsu. Kau kena bijak merancang apa yang patut dibeli dan apa yang tidak.
Dengan ini kau mampu untuk merancang kewangan kau dengan lebih matang.
Untuk peminjam PTPTN or sewaktu dengannya, aku suggestkan lepas duit masuk, kau ambik at least RM100 buat savings. Syaratnya, kau saving guna akaun lain. Contoh, PTPTN kau masuk via C*MB kau saving via B*N. Tapi kau kena disiplin.
Nanti dah grad, baru kau tengok akaun tu. Okay let assume kau ada 7 sem, saving kau yang terkumpul is equal to RM700. Lagi banyak yang kau mampu saving, lagi kaya lah kau nanti. Nampak tak? At least kau dah berjaya simpan RM700 ketika kau masih belajar. Yelah nanti kalau urgent nak pakai duit, kau tahu nak korek kat mana.
Hidup di U, kau jangan nak berpuak sangat. Kau kawan je dengan semua orang semua kos. Jika kau ditakdirkan forever alone pulak lepas tu which means kau different minor class etc, kau hadap je. Jangan nak cengeng sangat. Masa ni lah kau nak belajar berdikari, blend in dengan orang yang kau tak kenal masa orientasi. Trust me, bila kau mampu bawak diri di mana2 je, kau akan lebih matang.
Haa. Yang ni aku nak encourage sikit siapa yang nak fight for dekan. Dulu masa sem 1 pointer aku 3.485. Adalah seorang hamba Allah ni bagitahu aku ‘hmm kau dah tak mampu nak dekan kalau sem satu pointer kau banyak ni, susah sikit’. Aku punyalah naif dan blurr masa tu terus set dalam kepala aku ‘ishhh aku belajar tara mana pun, tak ada harapan lah nak dekan kalau macam tu’. Konfem lah aku down, and tak ada effort langsung nak kejar dekan. Tapi sebenarnya kau boleh kejar dekan kalau kau pulun abis2 dan tetap semangat. Jangan dengar cakap orang. Kau jaga carry marks, kuiz, assignments, attendances and participate in class, in shaa Allah you will be on the dean list. (However, dekan is not everything okay!)
Kau dah masuk alam baru. So cubalah asah sikit soft skills kau. Kau join je apa yang patut yang kau minat tapi make sure benda alah tu tak jejaskan kau punya akademik. Jangan sampai sebab nak kejar pangkat and what not, kuliah pun orang ‘signkan’, result pun entah ke mana. (Aku pernah meeting event kolej till 5 a.m dan kena hadap lect sebab selalu ponteng kuliah).
Kau student. Aku tahu mak ayah kau bukan kaya pun. Kau je yang acah2 kaya. Please stop makan mewah. Kau sedar diri sikit. PTPTN tu ngam2 tuk kau makan ala kadar, bayar yuran pengajian, buat saving sikit beli buku harga ratus2 and yang perlu sahaja. Jangan layankan kehendak kau yang merapu tu. Iphone, shopping, Domino’s, Kenny, Starbucks, wayang. Banyak lagi lah
kalau aku nak sebut.
Jangan jadi penghutang dan pemiutang. Kau tak mampu jangan nak bagi orang pinjam duit kau. Nanti dia buat2 lupa, kau juga yang menangis tepi katil. Unless orang tu benar2 tak mampu dan memang terdesak nak pinjam duit, kau anggap jelah sebagai amal jariah kalau dia tak mampu bayar balik. Tapi beragak lah sikit dengan jumlah yang kau bagi. Kau pulak jangan mengada nak pinjam duit kalau tak mampu bayar. Aku malas la nak cerita panjang bab hutang. Senang cerita, kau lari daripada hutang, hidup kau tenang.
Buat baik dengan semua orang. In shaa Allah semua orang akan baik dengan kau. Kau tahu kan bila kau jaga hubungan dengan Allah, pasti hubungan dengan manusia akan terpelihara. Kalau orang buat jahat kat kau, just let it be selagi benda tu tak melibatkan maruah kau. Kau sabar je. Layan benda yang remeh temeh ni tak ke mana tau.
Biasakan diri bersedekah. Ditipu atau tidak, kau dah jalankan tanggungjawab sebagai seorang ajen Muslim yang baik. Sikit mana pun kau sedekah as long as kau ikhlas, pasti akan terbalas. Kebaikan akan datang pada kau dalam pelbagai bentuk.
Yang ni paling penting. Kau sibuk macam mana pun, solat jangan lupa. Tiang agama kita tu. Jangan runtuhkan. Nanti habis runtuh ranap semua impian dan hidup kau. Buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang dilarang. Betulkan niat kau bila buat sesuatu. Mak ayah. Kau tahu kan, redha mak ayah kita, redhalah Allah dengan kita. Redha Allah terletak pada redha ibu bapa. Kau layankan jela kalau mak ayah kau call hari2 bahkan setiap jam. Kau jauh dari mereka. Setiap hari mereka risaukan kau. Tanggungjawab sebagai anak jangan lupa. Jangan sibuk nak doa “Ya Allah jodohkanlah aku dengan bla bla bla” je. Mak ayah yang selalu doakan kau tu, kau selitkanlah nama mereka dalam doa kau hari2. Much much better.
Aku sendiri mak ayah call hari2 bahkan setiap jam from the 1st day aku daftar masuk U sampailah aku dah nak grad dah pun alhamdulillah belum kira time exam setiap paper nak kena catat masanya apa nama subjeknya. Kau tahu kenapa? Semata2 nak doakan aku. Katanya nak buat solat hajat. Memang besar impaknya doa seorang ibu dan ayah pada anaknya. Senang cerita kau ‘wajibkan’ yang wajib dan praktikkan yang sunat. In shaa Allah kau akan berjaya dunia dan akhirat.
Dah. Cukup. Ini je yang aku boleh share buat masa sekarang. Yang pasti aku dah alami dan aku nak orang lain ambik manfaat daripada apa yang aku tulis ni.
Sumber: IIUM CONFESSION
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!