“Baby Tak Sejuk Ke?” – Wanita Sebak Uncle India Tolong Bawakan Selimut Untuk Anak
Baiknya uncle tu, sebak pula rasa.
Cover image via @ai.hhhah__ (Threads)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ketika berdepan saat-saat cemas di hospital, perkara kecil yang dilakukan oleh orang tidak dikenali kadangkala mampu memberikan ketenangan yang tidak ternilai
Itulah yang dikongsikan oleh seorang wanita menerusi Threads apabila beliau berdepan situasi mencemaskan ketika menunggu suaminya mendapatkan rawatan di bahagian kecemasan sebuah hospital.
Menurut wanita tersebut, ketika itu dia sedang menunggu suaminya di unit kecemasan sambil menjaga bayi mereka.
Dalam keadaan fikiran yang bercelaru dan tidak menentu, seorang lelaki warga emas yang berada di situ tiba-tiba menegurnya.
"Tengah tunggu suami dekat emergency. Fikiran tengah celaru. Tiba-tiba datang uncle tanya, baby tak sejuk ke? Takde blanket? Saya jawab – takde uncle, tak sempat bawa apa-apa," tulisnya.
Wanita itu kemudian menjelaskan bahawa mereka datang ke hospital dalam keadaan tergesa-gesa sehingga tidak sempat membawa sebarang kelengkapan termasuk selimut untuk bayi.

Hilang seketika, datang semula dengan blanket
Selepas mendengar penjelasan tersebut, lelaki yang dipanggil sebagai uncle itu berlalu pergi.
Namun beberapa ketika kemudian, beliau kembali bersama seorang petugas hospital sambil membawa sehelai selimut untuk anaknya.
Tindakan spontan itu nyata menyentuh hati wanita tersebut yang tidak menyangka ada individu yang begitu prihatin terhadap keadaan mereka walaupun tidak saling mengenali.

Perkongsian itu turut mendapat perhatian ramai yang menyifatkan tindakan warga emas berkenaan sebagai contoh empati dan nilai kemanusiaan yang masih wujud dalam masyarakat
Menerusi perkongsiannya, wanita itu turut mengucapkan terima kasih kepada lelaki terbabit atas keprihatinan yang ditunjukkan.
"Terima kasih uncle. Semoga uncle cepat sembuh," tulisnya lagi.
Di ruangan komen, ramai pengguna media sosial meluahkan rasa sebak dan terharu membaca kisah berkenaan.
Ramai berpendapat bahawa walaupun bantuan yang diberikan hanyalah sehelai selimut, ia membawa makna yang besar kepada seseorang yang sedang melalui detik sukar.
Antara komen daripada warganet di Threads:



Lihat perkongsian di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


