Ini Senarai 9 Atlet Malaysia Yang Berjaya Raih Pingat Emas Di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026

Syabas dan tahniah kepada seluruh kontinjen negara!

Cover Image

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kontinjen Malaysia melabuhkan tirai Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 dengan kejayaan cemerlang meraih sembilan pingat emas, tujuh perak, dan 16 gangsa, sekali gus melepasi sasaran awal enam emas dan menyamai pencapaian terbaik sejarah negara pada penganjuran Guangzhou 2010

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin, menyifatkan pencapaian ini sebagai petunjuk positif bahawa program pembangunan sukan berprestasi tinggi negara berada pada landasan yang tepat.

Kejayaan di Aichi-Nagoya ini bakal dijadikan batu loncatan serta pemangkin semangat buat atlet negara dalam membuat persediaan rapi menghadapi penganjuran Sukan SEA 2027 di tanah air sendiri, sebelum meneruskan misi utama memburu pingat emas sulung di Sukan Olimpik LA28.

Selepas Aichi-Nagoya melabuhkan tirai, Doha, Qatar bakal meneruskan legasi sebagai tuan rumah Sukan Asia 2030.

1. Adeola Fay Robert | Kumite Wanita – 55kg (Karate)

SAYS.com

Adeola Fay Robert

Image via Bernama

Adeola Fay Robert meraih pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Asia Aichi-Nagoya selepas menewaskan wakil Iran, Fatemeh Zahra Saeidabadi 6-4 dalam final kumite wanita bawah 55 kilogram (kg).

2. Taj Izrin Aiman Taj Madira | Gran Turismo 7 (E-Racing) | E-Sukan

SAYS.com

Taj Izrin Aiman Taj Madira

Image via Bernama

Pelumba e-racing negara, Taj Izrin Aiman Taj Madira mencipta sejarah apabila menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia dalam acara e-sukan di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Taj Izrin muncul juara acara Gran Turismo 7 di Aichi Sky Expo selepas mengumpul 36 mata keseluruhan daripada tiga perlumbaan.

3. C. Shahmalarani | Kumite Wanita -50kg (Karate)

SAYS.com

C. Shahmalarani

Image via MSN

Atlet karate negara, C. Shahmalarani merangkul pingat emas dalam kategori kumite wanita bawah 50kg di Sukan Asia Aichi-Nagoya.

Shahmalarani menewaskan wakil Hong Kong, Tsang Yee Ting menerusi keputusan juri selepas terikat 0-0 pada aksi final di Gimnasium Toyohashi.

4. Skuad Sepak Takraw Negara | Regu Berpasukan Lelaki

SAYS.com

Skuad sepak takraw negara bergambar bersama pingat emas selepas menewaskan Thailand 2-0 pada final acara regu berpasukan Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Image via Bernama

Skuad sepak takraw negara mencipta detik manis menamatkan penantian selama 36 tahun, untuk kembali meraih pingat emas acara regu berpasukan lelaki setelah menewaskan Thailand 2-0 pada aksi final Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Sejarah dilakar di Paloma Mizuho Arena itu menyaksikan Malaysia mengulangi pencapaian sama pernah diraih pada Sukan Asia 1990 di Beijing, yang turut menyaksikan skuad negara menewaskan musuh tradisi itu.

5. Ng Eain Yow | Perseorangan Lelaki (Skuasy)

SAYS.com

Ng Eain Yow

Image via MSN

Ng Eain Yow mencipta sejarah sebagai pemain skuasy pertama layak ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) selepas berjaya mempertahankan pingat emas perseorangan lelaki di Sukan Asia Aichi-Nagoya.

Eain Yow menewaskan wakil India, Abhay Singh 11-9, 11-5, 11-5 pada perlawanan akhir di Arena Nagoya Kinjo Futo.

Pemenang bagi acara perseorangan lelaki dan wanita di Sukan Asia mendapat tiket automatik ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028, di mana sukan terbabit bakal membuat penampilan buat julung kalinya.

6. S. Sivasangari | Perseorangan Wanita (Skuasy)

SAYS.com

S. Sivasangari

Image via Facebook S. Sivasangari

Pemain skuasy negara, S. Sivasangari, tampil cemerlang apabila menewaskan wakil India, Anahat Singh, pada aksi final perseorangan wanita Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, sekali gus menghadiahkan pingat emas buat kontinjen Malaysia.

Kejayaan itu turut melayakkannya secara automatik ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA2028).

7. Aifa Azman, S. Sivasangari, Aira Azman dan Rachel Arnold | Berpasukan Wanita (Skuasy)

SAYS.com

Aifa Azman, S. Sivasangari, Aira Azman dan Rachel Arnold

Image via Anwar Ibrahim (Facebook)

Skuad skuasy wanita negara berjaya mempertahankan pingat emas acara berpasukan Sukan Asia apabila tewaskan seteru utama, Hong Kong 2-1 pada aksi final di Arena Nagoya Kinjo Futo.

Kemenangan itu mengesahkan kejayaan Malaysia mempertahankan kejayaan empat tahun lalu dan memastikan kilauan emas buat kontinjen negara.

8. Datuk Mohd Azizulhasni Awang | Keirin Lelaki (Berbasikal Trek)

SAYS.com

Azizulhasni Awang meraikan kejayaan selepas memenangi pingat emas dalam acara akhir keirin lelaki di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Velodrom Izu, Shizuoka

Image via Bernama

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang merangkul pingat emas dalam acara final keirin, Sukan Asia Aichi-Nagoya di Velodrom Izu.

Henjutan saat akhir The Pocket Rocketman itu memastikan dia meraih emas menewaskan pencabar terdekat dari China, Li Zhiwei, dengan catatan masa 10.330s.

Untuk rekod, dilaporkan ini merupakan pentas terakhir Azizulhasni di Sukan Asia.

9. Ng Eain Yow, Sanjay Jeeva, Ameeshenraj Chandaran dan Mohammad Kamal | Berpasukan Lelaki (Skuasy)

SAYS.com

Ng Eain Yow, Sanjay Jeeva, Ameeshenraj Chandaran dan Mohammad Kamal

Image via Anwar Ibrahim (Facebook)

Pasukan skuasy lelaki negara turut tidak menghampakan apabila menewaskan Pakistan 2-0 dalam aksi final acara berpasukan Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Nagoya Kinjo-Futo Arena.

Malaysia bermula cemerlang menerusi C. Ameeshenraj yang bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menundukkan Nasir Iqbal 8-11, 11-3, 11-6, 11-4 dalam tempoh 31 minit sekali gus menghadiahkan mata pertama buat negara.

Pemain No. 1 negara, Ng Eain Yow kemudian melengkapkan kemenangan Malaysia, namun terpaksa bekerja keras selama 46 minit sebelum menewaskan Noor Zaman dalam pertarungan lima set yang berakhir dengan keputusan 11-8, 6-11, 7-11, 11-4, 11-5.

Syabas dan tahniah kepada seluruh kontinjen negara, terutamanya para pemenang pingat emas yang telah mengharumkan nama Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026!

Kejayaan hebat dalam pelbagai acara daripada cemerlang dalam sukan skuasy, kejayaan bersejarah skuad sepak takraw menewaskan Thailand, sehinggalah persembahan luar biasa daripada kem karate serta lumba basikal memang sungguh membanggakan seluruh rakyat Malaysia.

Semoga momentum kejayaan ini berterusan dan menjadi pendorong semangat buat atlet-atlet negara untuk terus cemerlang di pentas antarabangsa yang akan datang!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: