Pemandu E-Hailing Terima Biskut Sebagai Bayaran Lepas Selamatkan Remaja Salah Terminal Di KLIA

Terima kasih orang baik!

Enlarge text
Cover Image

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pemandu e-hailing wanita mencuri perhatian warga maya selepas berkongsi kisah menyentuh hati apabila membantu seorang remaja yang tersalah terminal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

Menerusi perkongsian di Threads, wanita yang dikenali sebagai Ziera itu berkata, dia pada awalnya mahu pulang ke rumah selepas selesai menghantar penumpang di KLIA Terminal 2.

Namun, situasi berubah apabila seorang remaja lelaki yang kelihatan cemas datang menghampirinya meminta pertolongan.

"Kakak.. Boleh tak. Hantar saya ke KLIA 1? Saya tersilap tengok tiket tadi. Flight Saya jam 8.50mlm. I oder grab takda yang nak datang,"
kata remaja tersebut.

Menurut Ziera, ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 8 malam, namun dia nekad membantu selepas melihat keadaan remaja berkenaan.

"Tengokkan gaya budak lagi.. Belasan tahun.. Teringat kat anak sendiri. Plan tadi nak balik terus sebab dah capai target. Bila tengok muka kesian. Takpala tolongla kejap," katanya lagi.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Malaysia Airports (Facebook)

Tanpa membuang masa, Ziera terus memecut menuju ke KLIA Terminal 1 demi memastikan remaja itu sempat mengejar penerbangannya

"Boy!! Cepat turun.. U kena lari tau.. Jangan lambat2.. Dia tanya berapa caj.. Aku cakap takpala.. Pi turun cepat..! Dia lagi hegeh2.. Aku cakap takpa takyah.. Dia tunjuk cookies dia.

"Akak ambil ni. Kalau tak I rasa bersalah.. Hai ya… Yela aku amik.. Pastu dia turun sambil ucap terima kasih dengan muka nak nangis.. Harap dia sempat la,"
katanya lagi.

SAYS.com
Image via @ziera_nisa (Threads)

Perkongsian tersebut mengundang sebak dan pujian ramai netizen yang tersentuh dengan keikhlasan kedua-dua pihak.

Rata-rata menyifatkan tindakan wanita itu sebagai bukti masih ramai individu berhati mulia yang sanggup membantu orang lain tanpa mengharapkan balasan.

Lihat Threads di bawah:

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik