Sorok Duit Sampai Lupa, Lelaki Terkejut Jumpa Semula RM3,000 – “Rasa Macam Baru Dapat Bonus”
Bestnya sekali jumpa beribu-ribu!
Cover image via @pelastikkzz (Threads)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Perasaan menemui semula wang tunai yang pernah disimpan tetapi terlupa kewujudannya sememangnya sukar digambarkan
Walaupun duit tersebut milik sendiri, ramai mengakui ia memberikan rasa gembira seolah-olah menerima bonus secara tiba-tiba.
Situasi itu dikongsikan oleh seorang pengguna Threads apabila dia memuat naik sekeping gambar menunjukkan beberapa ikatan wang tunai terdiri daripada not RM100, RM50 dan RM10 yang disimpan kemas menggunakan getah.
Menerusi kapsyen yang ditulis, dia secara berseloroh bertanya sama ada orang lain pernah mengalami pengalaman serupa.
"Ada sesiapa pernah terjumpa balik duit sendiri yang dah lama dilupakan tak? Rasa macam baru dapat bonus walaupun hakikatnya duit sendiri. Yang pernah sahaja tahu rasa jadi OKB (orang kaya baru)" katanya.

Lebih mengejutkan, jumlah wang tunai yang berjaya ditemui semula itu bukan sedikit apabila mencecah kira-kira RM3,000
Perkongsian tersebut mengundang perhatian ramai netizen yang rata-ratanya mengakui pernah berdepan situasi sama apabila menemui wang simpanan yang disorok suatu ketika dahulu sebelum terlupa tentang kewujudannya.
Seorang pengguna turut berkongsi pengalaman lucunya apabila menemui wang tunai ketika sedang mengemas barang untuk berpindah rumah.
"Pernah kemas beg masa nak pindah, tiba-tiba buka beg ada RM1,000. Sorok duit beria betul dulu, selepas itu sendiri yang lupa," katanya.
Ruangan komen turut dibanjiri pelbagai kisah serupa, dengan ramai menyifatkan pengalaman menemui semula wang yang terlupa sebagai antara 'rezeki terpijak' yang paling menggembirakan.


Lihat posting di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


