Syasya Rizal Trauma Lepas Termakan Daging B*bi Di China – “Ingat Logo Halal Untuk Semua Makanan”
Naya sungguh, korang yang nak travel ke China tu hati-hati tau.
Cover image via @syasya.rzl (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bukan semua label halal di luar negara menjamin sesuatu makanan itu selamat untuk umat Islam, itulah pengajaran yang dikongsi oleh penyanyi dan bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal selepas secara tidak sengaja termakan daging babi ketika bercuti di China
Dalam sebuah video yang dimuat naik di TikTok baru-baru ini, Syasya, 24, atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal, mendedahkan dia termakan daging khinzir tanpa disedari sewaktu menjamu selera bersama suami dan anak mereka di sebuah restoran.
Menurut Syasya, pada awalnya dia menyangka makanan yang dihidangkan selamat dimakan kerana terdapat label halal di restoran berkenaan. Namun begitu, label tersebut sebenarnya hanya merujuk kepada satu jenis makanan sahaja, bukan kesemua hidangan.
"Itulah, ingat label halal untuk semua makanan dekat situ. Rupa-rupanya spesifik untuk satu makanan sahaja. Pengajaran, selepas ini kena periksa betul-betul," katanya.

Menurut Syasya, mereka mendapat tahu bahawa itu daging khinzir selepas suaminya bertanya kepada chef restoran tersebut
Sejurus mendapat tahu, suaminya turut menasihatinya untuk menukar pinggan dan peralatan makan sekiranya ingin menjamah makanan lain yang sah halal.
Walaupun begitu, Syasya mengakui bahawa seleranya terus hilang selepas mengetahui perkara sebenar.
"Lepas tahu, terus tak berselera nak makan benda lain dekat situ walaupun ada label halal. Trauma," katanya.
Namun begitu, video pengakuan mengenai insiden makanan tidak halal itu telah dipadam beberapa jam selepas dimuat naik ke TikTok.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


