Tular Tandas Awam Di Perlis Cantik & Estetik, Ramai Puji Cleaner – “Lagi Lawa Dari Rumah Aku”
Memang cantik tandas dia!
Cover image via @zakwan.syazani (Threads)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, seorang pengguna media sosial berkongsi keadaan tandas awam di Kangar, Perlis telah mencuri perhatian warganet
Menerusi hantaran di laman Threads, pengguna bernama @zakwan.syazani memuat naik beberapa gambar tandas awam tersebut yang dijaga bersih dan cantik.
"Berapa bintang untuk tandas awam ni?" soalnya.



Susulan tularnya ciapan itu, rata-rata warganet turut memuji kebersihan tandas awam berkenaan
Malah, ada yang berkongsi tukang cuci yang bertugas membersihkan tandas itu memang tegas dan tidak membenarkan orang luar memakai kasut sendiri untuk masuk.
Ada juga yang berpendapat tandas awam tersebut patut mendapat pengiktirafan.
Antara komen warganet di Threads:




Lihat posting di bawah:
View on Threads

