UAI Tegur Suami Kahwin Senyap-Senyap – “Nikah Sah, Tapi Dosa Bertambah”

Antara dosa terbesar yang bakal ditanggung suami ialah amalan berbohong secara berterusan demi menyembunyikan kewujudan isteri kedua.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Facebook

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) menegaskan bahawa perkahwinan kedua yang dilakukan secara rahsia tanpa pengetahuan isteri pertama tetap sah di sisi syarak sekiranya memenuhi rukun dan syarat nikah, namun suami berkenaan bakal memikul dosa yang berpanjangan akibat penipuan yang dilakukan

Menerusi satu ceramah yang tular di laman Facebook, UAI menjelaskan bahawa Islam membenarkan poligami, namun ia bukan tiket untuk bertindak sesuka hati sehingga mengabaikan kejujuran dan keadilan terhadap pasangan sedia ada.

Menurut beliau, antara dosa terbesar yang bakal ditanggung suami ialah amalan berbohong secara berterusan demi menyembunyikan kewujudan isteri kedua.

Situasi itu menyebabkan seseorang hidup dalam penipuan saban hari, termasuk memberi alasan kononnya mempunyai urusan kerja atau mesyuarat sedangkan sebenarnya berada bersama isteri kedua.

"Mana tak dosa, setiap kali nak pergi rumah isteri kedua, dia kena menipu isteri pertama. Nikah itu sah, tapi dosa banyak," katanya.

Tambah UAI, dosa yang dilakukan secara berterusan bukan sahaja menghakis keberkatan hidup, malah boleh menjejaskan hubungan kekeluargaan dan memberi kesan kepada isteri serta anak-anak

Sehubungan itu, beliau menasihatkan golongan suami supaya mendahulukan kejujuran dan berbincang secara matang dengan isteri pertama sebelum membuat keputusan untuk berpoligami.

Katanya, kebahagiaan rumah tangga tidak seharusnya dibina atas penipuan kerana poligami yang disertai sifat amanah dan tanggungjawab lebih dekat kepada tuntutan agama berbanding mengejar kehendak diri semata-mata.

Lihat video penjelasan di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via