seismik

Praktik 4 Saranan KKM Ini Bagi Lindungi Diri Daripada Jangkitan Covid-19. Mudah & Selamat!

Sama-sama kita praktik 4 saranan ini untuk hindar daripada Covid-19.

Cover image via Google

Artikel ini ditaja oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pandemik COVID-19 telah yang disahkan merebak di negara kita pada 25 Januari 2020 membuatkan kerajaan Malaysia memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020

Gambar sekadar hiasan.

Image via Vox

Tapi malangnya, masih ada yang berdegil dan gagal mematuhi arahan ini.

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menasihatkan orang ramai untuk patuhi arahan dan berada di rumah sepanjang tempoh penguatkuasaanya dengan mengamalkan langkah-langkah mudah untuk melindungi diri dari virus COVID-19.

Ayuh sama-sama praktikkan!

1. Pastikan jarak yang selamat!

Gambar sekadar hiasan.

Image via New Straits Times

Tak kiralah di rumah, tempat kerja ataupun di mana sahaja anda berada, pastikan anda menjaga jarak sosial 1 meter antara satu sama lain kerana jarak mampu mengelakkan penyebaran COVID-19 ini.

2. Lakukan apa-apa pembayaran secara payWave

Gambar sekadar hiasan.

Image via Borneo Post Online

Bila nak buat pembayaran, seelokya anda gunakan payWave di semua kedai. Bukan apa, kaedah ini lebih pantas dan selamat. Ia tak mengambil masa yang lama untuk anda berada di kaunter bayaran serta tiada sebarang sentuhan berlaku dengan juruwang.

3. Ingin berinteraksi? Media sosial kan ada.

Gambar sekadar hiasan.

Image via The Economic Times

Kami tahu, sukar rasanya bila tak dapat keluar rumah selama dua minggu dan tak dapat berjumpa dengan yang tersayang. Namun, itulah yang sebaiknya. Jadi, manfaatkanlah segala platform media yang ada seperti media sosial dan aplikasi video untuk kekal berhubung dengan yang tersayang, okay?

4. Jangan sesekali bersalaman buat masa sekarang!

Gambar sekadar hiasan.

Image via Machine Design

Dalam keadaan sekarang, jika berjumpa keluarga atau orang yang dikenali, jangan sekali-kali bersalaman atau membuat sebarang sentuhan. Cukup dengan letakkan tangan di dada dan ucapkan salam.

Ayuh ramai-ramai berusaha untuk putuskan rantaian COVID-19!

Ayuh sama-sama patuhi arahan kerajaan dan jadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dalam memerangi wabak COVID-19! Walaupun berjauhan, namun kita semua tetap di hati.

Malaysia, kita boleh lakukan bersama-sama. #dudukrumah #jaraksosial

Untuk sebarang info lanjut, layari www.infosihat.gov.my

Tapi ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Perintah Kawalan Pergerakan telah dilaksanakan sejak 18 Mac lalu dan sepatutnya dijangka berakhir 31 Mac 2020 ini:

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS: