seismik

#PregoCares Turun Padang Bersama-Sama Bantu Golongan Terjejas Di Musim Wabak

Inisiatif yang baik dalam membantu mereka yang ditimpa musibah.

Cover image via Prego

Aritkel ini ditaja oleh Prego.

Situasi pandemik COVID-19 di Malaysia ketika ini boleh dikatakan masih di tahap yang membimbangkan

Negara kini sudah mula memasuki fasa pemulihan dengan kes positif mencatatkan penurunan sejak beberapa hari lalu, namun masih terlalu untuk kita merasa terlalu selesa.

Paling menyedihkan, ada juga di antara kita yang kurang bernasib baik setelah kehilangan punca mata pencarian. Disebabkan rasa prihatin dengan situasi semasa rakyat Malaysia, #PregoCares mula jadi perhatian di media sosial.

Kempen membeli sambil beramal

Image via Prego

Sejak pandemik COVID-19 mula menular di Malaysia, Campbell Malaysia antara syarikat yang tampil membantu bagi meringankan beban serta memberi sokongan kepada mereka yang terjejas.

Terkini, program pengumpulan Dana #PregoCares antara yang menerima sambutan hebat rakyat Malaysia. Dengan hanya membeli produk Prego, anda juga akan turut menyumbang kepada mereka yang terjejas.

Bermula 1 Jun hingga 30 Jun 2020, rebutlah peluang untuk membeli mana-mana produk Prego kerana sebanyak RM0.30 daripada setiap pembelian akan terus disalurkan ke tabung Dana #PregoCares. Nak lebih mudah anda boleh buat pembelian produk Prego di mana-mana kedai berhampiran atau terus je beli di Lazada!

Image via Prego

Hasil sumbangan ini, pihak Campbell Malaysia akan menyediakan pek keperluan #PregoCares bernilai RM50 setiap satu yang dijangkakan akan memberi manfaat kepada 1,400 isi rumah.

Apa yang pasti, hidangan sihat Prego untuk seisi keluarga jadi lebih bermakna apabila kita dapat berkongsi kebaikan dengan mereka yang memerlukan.

Ambil berat, kongsi berkat

Image via Prego

Selain program pengumpulan Dana #PregoCares, pihak Campbell Malaysia juga tampil dengan inisiatif terpuji melalui satu lagi program amal iaitu Sumbangan Makanan #PregoCares yang telah bermula sejak 27 Mei 2020 dan bakal berakhir 29 Jun 2020 nanti.

Sepanjang program ini berlangsung, sebanyak 500 bungkusan makanan seimbang Prego mula diedarkan setiap hari kepada mereka yang memerlukan terdiri daripada komuniti B40 di sekitar Lembah Klang.

Lebih mengagumkan, pihak Campbell Malaysia mensasarkan jumlah keseluruhan 14,000 bungkusan makanan selesai diedarkan dalam tempoh 28 hari program.

Program amal ini juga mendapat kerjasama penuh daripada Chef on Wheels dalam penyediaan makanan, manakala Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia pula membantu untuk mengedarkan makanan.

Sempurnakan #PregoCares bersama

Ayuh rakyat Malaysia, inilah masanya untuk kita berganding bahu membantu mereka yang ditimpa musibah. Tidak kira sekecil mana pun sumbangan tersebut, ia pasti akan membawa kebaikan lebih besar buat mereka di luar sana.

Sempena Syawal yang mulia ini, sambil kita menikmati hidangan sihat Prego bersama yang tersayang di hari raya, marilah berkongsi kebaikan kepada mereka yang memerlukan.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai #PregoCares dengan melayari laman Facebook Prego Malaysia.

Kami di SAYS Seismik dan Campbell Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya Aidlifitri, Maaf Zahir dan Batin.

Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik