seismik

Program 'Thai Hot Guy' Dibatalkan Selepas Terima Kecaman Hebat Daripada Rakyat Malaysia

Promosi berkaitan program terbabit menimbulkan reaksi yang tidak menyenangkan serta kecaman daripada seluruh lapisan masyarakat.

Cover image via @nadiazaman__ (Twitter) & Harian Metro

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pemilik pusat hiburan akur arahan pihak polis batalkan acara kumpulan 'Thai Hot Guy' berunsur lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur pada 30 Mac ini

Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, setakat jam 4 petang hari ini (Rabu) sebanyak 60 laporan polis diterima berhubung penganjuran program itu.

"Promosi berkaitan program terbabit menimbulkan reaksi yang tidak menyenangkan serta kecaman daripada seluruh lapisan masyarakat.

"Amaran keras telah diberikan polis kepada penganjur agar program tersebut tidak diteruskan dan dibatalkan," katanya dalam suatu kenyataan semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah

Image via Berita Harian

Penganjur dan pengurusan akur untuk membatalkan program tersebut

Ashari berkata, penganjur bersetuju membatalkan program itu selepas perbincangan diadakan antara pengurusan kelab terbabit dengan pihak polis pada jam 2.30 petang tadi.

"Penganjur dan pengurusan akur untuk membatalkan program tersebut dan tiada sebarang program atau aktiviti yang tular sebelum ini akan diadakan.

"Polis akan membuat pemantauan berterusan ke atas premis tersebut dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang," katanya.

Poster 'Thai Hot Guy' yang tular di media sosial.

Image via Harian Metro

Beliau berkata, pihak polis sentiasa peka berhubung apa-apa program menyentuh sensitiviti agama dan kaum terutama yang boleh menggugat ketenteraman awam.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menjalankan apa-apa aktiviti yang melanggar undang-undang sehingga menggugat ketenteraman awam.

"Sebarang maklumat berkaitan kejadian jenayah boleh disalurkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau balai berhampiran," katanya.

Kenyataan penuh rasmi daripada pihak polis mengenai isu yang tular:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: