seismik

Giliran Ceramah Agama Ustaz Wadi Annuar Di Selangor Pula Didakwa 'Dibatalkan' JAIS

Difahamkan, ceramah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan dijalankan seperti biasa.

Cover image via Ustaz Wadi Annuar (Facebook)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penceramah bebas, Mohamad Wadi Annuar Ayub atau lebih dikenali sebagai Ustaz Wadi Annuar berkata, pihaknya terpaksa membatalkan ceramah yang sepatutnya dijadualkan berlangsung di sebuah masjid dan padang terbuka di Selangor

"Dimaklumkan bahawa semua ceramah al-Fadhil Ustaz Wadi Annuar bertempat di Negeri Selangor telah DIBATALKAN.

"Manakala ceramah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan dijalankan seperti biasa. Segala kesulitan amat dikesali.

"Semoga Allah SWT memberikan pahala kepada semua yang berniat untuk hadir majlis ilmu," tulis pengendali Facebook Ustaz Wadi Annuar itu.

Berdasarkan poster senarai ceramah Ustaz Wadi Annuar bagi bulan Mac 2023, antara tempat ceramah yang dibatalkan di negeri Selangor ialah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz di Shah Alam berkapasiti 10,000 orang pengunjung.

Sementara itu, satu lagi tempat yang dibatalkan adalah terletak di Padang Astaka Tanjung Karang di Selangor yang boleh memuatkan juga 10,000 orang pengunjung.

Difahamkan, ceramah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan dijalankan seperti biasa yang dijadualkan

Sehingga artikel ini ditulis, tiada lagi maklumbalas atau kenyataan rasmi daripada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengenai isu yang timbul.

Sebagai rekod, kuliah maghrib perdana oleh pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong sebelum ini pernah dibatalkan oleh pihak JAIS.

Hal ini adalah disebabkan penceramah itu tidak mempunyai tauliah mengajar tentang agama Islam di Selangor.

Pihak JAIS juga menegaskan pihak masjid atau surau tidak boleh menjemput individu yang tidak memiliki tauliah mengajar yang diberikan di bawah Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2016.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: