seismik

Remaja Ini Tendang Kepala Sendiri 134 Kali Dalam Masa Seminit. Kau Mampu?

Fuuhhh! Kami tengok pun dah berpeluh.

Cover image via www.youtube.com

Jujur kami cakap, lepas je kami baca headline pasal remaja tendang kepala ni, beginilah reaksi kami

Image via pikabu.ru

"Tendang kepala 134 kali dalam masa seminit? Biar betul?!" Kami masih susah nak brain benda ni.

Image via crushable.com

Ya, jangan tak percaya! Seorang remaja 19 tahun dari Nepal, Puskar Nepal baru-baru ini berjaya mencatat Guinness World Records terbaru iaitu 'Most kicks to the head in one minute'.

Puskar Nepal.

Image via www.guinnessworldrecords.com

Rasa macam kelakar tapi sebenarnya bukan senang nak buat. Cuba tengok gambar kat bawah ni. Tak ke struggle nak tendang kepala sendiri?

Korang sanggup?

Image via www.guinnessworldrecords.com

Idea ini tercetus sejak tahun 2003 lagi apabila seorang lelaki dari Texas, USA bernama Michael Lloyd menendang kepalanya sebanyak 42 kali dalam 60 saat

Dan sejak itu, cabaran ini telah diadakan di seluruh dunia dari tahun ke tahun dan telah dipecahkan sebanyak lapan kali, yang paling baru oleh Joel Leindecker dari USA pada acara 'Guinness World Records Unleashed' di Los Angeles, California pada 2013. Joel mencapai jumlah 127 tendangan.

Joel Leindecker pada acara Guinness World Records Unleashed.

Image via www.youtube.com

Persoalan yang mungkin ada dalam kepala ramai orang semestinya, "Macam mana dorang boleh tendang kepala sendiri? Hebat betul."

Image via tumblr.com

Bagi Puskar, dia mengaplikasi teknik tendangan selang seli sambil membongkokkan badan yang memerlukan fleksibiliti dan speed yang padu. Setelah berlatih SETIAP HARI selama 8 bulan, barulah Puskar dapat pecahkan rekod. Perghh!

Ini hasil 8 bulan punya training taw jangan main-main.

Image via www.youtube.com

Seorang saksi kepada Puskar memberitahu hakim dia begitu kagum pada kelajuan tendangan Puskar sehingga memaksanya memeriksa rakaman video dalam slow mo bagi memastikan yang Puskar betul-betul tendang kepalanya, atau dalam erti kata lain, tak main tipu.

"Memecahkan rekod sentiasa menjadi impian saya sejak dari dulu lagi," kata Puskar Nepal.

"Saya mahu menyumbang sesuatu kepada rakyat miskin di kawasan luar bandar. Saya mahu semua orang dari seluruh dunia tahu mengenai saya. Memecahkan rekod sentiasa menjadi impian saya sejak dari dulu lagi."

"Saya selalu soal diri saya sendiri - adakah saya mampu dan layak menjadi pemegang rekod dunia? Jawapannya 'Sudah tentu!"

"Saya kini begitu ghairah dengan Guinness World Records dan saya berhasrat untuk melakar lebih daripada 100 rekod. Saya percaya koleksi rekod saya nanti akan membantu mempromosikan negara saya, tempat kelahiran Tuhan Gautam Buddha, kepada seluruh dunia."

"Saya ingin membuktikan bahawa orang-orang dari negara yang kecil dan miskin seperti Nepal juga boleh melakukan apa saja. Saya mahu menjadi inspirasi kepada rakyat negara saya," kata Puskar bersemangat.

"Manusia memang benar-benar hebat - mereka mampu menukar perkara-perkara luar biasa menjadi nyata."

Tahniah Puskar Nepal. Anda memang 'awesome'!

Image via nypost.com

Sekarang jom kita layan detik Puskar Nepal melakar rekod dunia!

You may be interested in: