Ijazah Bukan Penentu Dapat Kerja, Rafizi Jelas Pekerjaan Kini Tak Bergantung Pada Akademik
Menurut beliau, ijazah akademik bukanlah satu-satunya faktor penting dalam proses pengambilan pekerja.
Majikan lebih mementingkan kemahiran dan kebolehan berbanding diploma atau ijazah sarjana muda, kata Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli
Beliau bercakap ketika Forum Pekerjaan Awam Antarabangsa (IPEF) 2023 pada Khamis,12 Oktober.
Rafizi memberitahu bahawa pasaran pekerjaan telah berubah dengan ketara kerana majikan hari ini lebih menghargai kualiti seperti berdikari, inisiatif, dan personaliti yang menyeluruh dalam diri calon.
Perlu ada bakat dan jangan terlalu bergantung pada sijil akademik
Menurut beliau, ia tiada masalah dengan penawaran pekerjaan bahkan ia bukan isu mutlak kerana berdasarkan data statistik makro di Malaysia menunjukkan penawaran pekerjaan sedia ada adalah sihat.
Tambahnya, jangan terlalu bergantung pada sijil akademik semata-mata kerana mereka berdepan kesukaran untuk sepadankan kelayakan dengan kriteria pekerjaan ditawarkan dalam pasaran oleh sebab ketiadaan bakat dan kemahiran seperti yang dikehendaki majikan.
"Jika anda ke universiti dan jika ambil kursus kejuruteraan, anda akan bayangkan anda akan menjadi jurutera selama 20 atau 30 tahun"
"Kesnya berbeza sekarang. Saya pernah menemuduga graduan muda kelas atas lima enam tahun lalu. Berdasarkan beberapa penelitian yang saya nak kongsikan terutama berkenaan bakat muda, pertama, kebanyakan masa majikan menggajikan anda bukan sebab ijazah yang anda ada"
"Ijazah hanya membuktikan anda mempunyai otak. Jadi seseorang yang digajikan itu mempunyai beberapa sifat yang majikan mereka lihat boleh berdikari, nampak inisiatif mereka dan melihat keseimbangan yang ada," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!