seismik

[VIDEO] Raih 26.4M Views, Ramai Terpegun Tengok Rambut Wanita 'Rapunzel' Ini. Wow!

Pandai dia jaga rambut.

Cover image via @aliia.more (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Memiliki rambut yang panjang dan ikal merupakan idaman sesetengah wanita di luar sana

Namun, penjagaan rambut panjang adalah lebih leceh dan perlu sentiasa disikat supaya tidak kelihatan kusut.

Berbeza pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang wanita menayangkan rambut panjangnya mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Siap kena diri atas kerusi, lepaskan rambut dekat pintu almari

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna bernama @aliia,more, kelihatan wanita itu berdiri di atas kerusi untuk menunjukkan rambutnya.

Apa yang membuatkan ramai terpegun adalah sebaik saja dia berada di kerusi belakang almari tersebut, dia melepaskan ikatan rambutnya yang sangat panjang sehingga mencecah ke lantai.

Lebih menarik lagi, rambutnya itu kelihatan ikal dan cantik berwarna keperangan. Malah, ia tidak nampak kusut kerana dijaga rapi oleh empunya badan.

"Ada Rapunzel terlepas, ni Pontianak pun kalah" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 26.4M views, 2.2M likes serta 95.3K shares di TikTok.

Rata-rata warganet turut terpegun melihat rambut wanita itu yang sangat panjang. Tetapi, ada juga yang berpendapat ia nampak menakutkan.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Rimas juga kalau rambut panjang sangat, tapi kalau selesa bagi sesetengah orang apa salahnya kan?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: