seismik

[RASMI] Dewan Tertinggi BN Setuju Kekal Sebagai Pembangkang, Tidak Akan Menyokong PH & PN

Pengumuman tersebut dibuat oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi laman media sosialnya.

Cover image via News World & Suara Merdeka

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setelah pelbagai rundingan dibuat oleh Barisan Nasional (BN) melibatkan pelbagai parti politik, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob selaku pemimpin UMNO mengumumkan Dewan Tertinggi Barisan Nasional telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan membentuk kerajaan

Pengumuman terbaru oleh beliau menerusi akaun Facebook dan Twitternya turut menyatakan keputusan bahawa Dewan Tertinggi Barisan Nasional tidak menyokong mana-mana gabungan baik Pakatan Harapan atau Perikatan Nasional.

Merujuk kepada kenyataan yang dibuat, BN tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN) yang sekaligus membolehkan mereka membentuk kerajaan campuran.

Lihat posting penuh tersebut di bawah:

Selain Dato’ Sri Ismail Sabri, ahli parlimen Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias turut mengesahkan tiada surat akuan (SD) menyokong mana-mana individu sebagai calon Perdana Menteri Ke-10 ditandatangani hari ini.

Sebaliknya, BN memaklumkan bersetuju ntuk kekal sebagai pembangkang pasca PRU15 ini. Setakat artikel ditulis, masih belum diketahui sama ada Anwar Ibrahim atau Muhyiddin Yassin bakal dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertemu petugas media dan mengingatkan rakyat untuk terus bersabar.

Follow SAYS Seismik dan dapatkan berita serta liputan politik tanah air terkini di sini sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: