"Raya Terkejut" - Tak Sempat Cantum Lengan, Fashion Baju Raya Pemuda Ini Raih Perhatian
Sempat lagi tu bang kalau nak cantum.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Berbaju Melayu pada hari raya pertama sudah menjadi kewajiban bagi semua orang
Ramai yang mengenakan baju kurung dan baju Melayu yang berwarna sama supaya sedondon bersama keluarga. Pastinya semua kelihatan segak tampan dan ayu untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Namun, lain pula dengan pemuda ini apabila baju Melayunya tidak berlengan gara-gara tak sempat siap telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Baju Melayu tak ada lengan gara-gara raya terkejut
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pemuda sedang mencuba baju Melayu yang ingin dipakainya pada pagi raya.
Apa yang lebih melucukan adalah apabila baju rayanya itu tidak berlengan dan tidak berpoket. Bajunya yang pelik itu membuatkan dia pening bagaimana hendak solat raya pada keesokan harinya.
Malah, dia juga mencuba trend pelik-pelik untuk mencari solusi kepada masalah baju yang tak berlengan itu.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Fashion bang, okay la tu tak panas" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang meraih sehingga 2M tontonan, 208K tanda suka dan 5K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat baju itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!