seismik

Restoran Nasi Kandar Pelita Akan Menghentikan Jualan Rokok Bermula Akhir Tahun 2019

Good job, Pelita!

Cover image via Google

Pada Disember 2018, kerajaan telah mengisytiharkan restoran dan kedai makan sebagai kawasan larangan merokok selaras dengan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2017

Larangan merokok itu telah mula dikuatkuasakan pada 1 Januari yang lalu namun tindakan terhadap mereka yang ingkar akan dikenakan dalam tempoh enam bulan dari sekarang.

Image via Soya Cincau

Terkini, Pengarah Eksekutif Pelita iaitu Datuk K K Sihabutheen, berkata bahawa pihaknya bersedia untuk membantu kerajaan bagi menguatkuasakan larangan merokok di restoran atau semua premis makan bermula awal tahun ini

Pengarah Eksekutif Pelita, Datuk K K Sihabutheen (kiri).

Image via Harian Metro

Oleh itu, bagi menyokong hasrat kerajaan, penjualan rokok di semua kaunter rangkaian restoran nasi kandar milik Pelita Samudra Pertama (M) Sdn Bhd (Pelita) di seluruh negara akan dihentikan mulai hujung tahun 2019.

Datuk K K Sihabutheen berkata beliau bersedia untuk menghentikan penjualan rokok di cawangan Pelita walaupun persatuan pengusaha restoran sebelum ini pernah mendesak supaya kerajaan menarik balik larangan merokok tersebut

Menurut laporan, beliau menegaskan bahawa Pelita memerlukan sedikit masa untuk melaksanakannya memandangkan notis penguatkuasaan larangan merokok yang dibuat oleh pihak kerajaan berlaku dalam tempoh begitu singkat.

Tambahnya lagi, “Buat masa ini, kami terikat dengan kontrak bersama pihak pembekal rokok, namun kami akan pastikan semua kaunter jualan akan dikeluarkan secara peringkat demi peringkat hingga akhir tahun ini.

“Kami yakin langkah ini akan disokong pelanggan apatah lagi tidak ramai datang menikmati makanan di sini merokok dan kebanyakan mereka mahu satu kawasan bebas daripada asap rokok.”

Pengarah Eksekutif Pelita juga turut menjelaskan bahawa pada setiap tahun, pihak mereka akan berdepan dengan fitnah yang disebarkan kononnya restoran itu tidak halal

Beliau juga turut menjelaskan bahawa semua 30 rangkaian restoran nasi kandar Pelita mempunyai sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak 2012 melalui pelbagai prosedur dan kriteria ditetapkan.

Tambahnya lagi, untuk mendapatkan sijil halal daripada JAKIM, ianya tidak semudah yang disangka kerana JAKIM adalah badan paling diperakui dalam semua negara yang mengeluarkan sijil halal.

Syabas, Pelita!

Image via Gfycat

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Berita terkini hanya di SAYS Seismik:

Leave a comment