seismik

#RoadToAJL36: Ini Fakta Menarik Sepanjang Penganjuran Anugerah Juara Lagu Dulu & Kini

Jangan lupa tonton Ahad ini!

Cover image via @muzinmuzik_official (Instagram) & Syazwan Rahman

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Beberapa hari lagi, pentas akhir Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) yang bakal ditayangkan pada 6 Mac, 9 malam

Debaran kini kian terasa apabila anugerah paling berprestij yang mengiktiraf lagu terbaik Malaysia ini bakal disiarkan secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Ahad ini. 

Sempena #RoadToAJL36, jom kita ketahui fakta-fakta menarik sepanjang penganjuran Anugerah Juara Lagu ini dari dulu sehingga kini.

Ini antara fakta menarik berkaitan penganjuran Anugerah Juara Lagu:

1. Pemenang paling tua dimenangi oleh artis berusia 55 tahun

Image via Berita Harian

Dato' Seri Dr. Ahmad Nawab merupakan seorang penggubah lagu, pemain muzik serta penyanyi yang terkenal di Singapura dan Malaysia. Beliau pernah memenangi Anugerah Juara Lagu pada usianya yang berumur 55 tahun. 

2. Pemenang paling muda berusia 22 tahun

Pemenang tersebut dimenangi oleh Naim Daniel yang ketika itu berusia 22 tahun. Naim memenangi anugerah keseluruhan termasuk pencipta lagu dan penulis lirik lagu Sumpah pada tahun 2020.

Naim Daniel yang memulakan careernya sebagai pelakon TV ini merupakan satu-satunya pemenang yang merupakan komposer dan juga penyanyi. 

3. Aishah dan Ana Raffali merupakan penulis lirik paling muda memenangi anugerah utama

Mereka memenangi anugerah penulis lirik pada usia yang muda iaitu ketika 24 tahun. Aishah merupakan penulis lirik lagu Janji Manismu pada tahun 1990. Manakala Ana Raffali pula menang menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku ciptaan beliau sendiri. 

4. Misha Omar merupakan penyanyi rakaman pertama yang memenangi anugerah menerusi lagu pertama yang dirakam

Lagu Bunga-bunga Cinta merupakan lagu pertama yang dirakamkan sebelum album solonya dilancarkan pada tahun 2002.

Selain daripada Misha, terdapat beberapa artis sebelum ini yang merupakan pemenang anugerah keseluruhan yang lagunya merupakan lagu dalam album debut.

Antarnya adalah Siti Nurhaliza, Adibah Noor, kumpulan Meet Uncle Hussain dan penyanyi Ana Raffali serta Hafiz Suip.

5. Siti Nurhaliza merupakan pemenang paling kerap iaitu sebanyak 3 kali

Image via murai.my

Dato' Sri Siti Nurhaliza pernah memenangi anugerah utama pada usia 17 tahun, 19 tahun dan 21 tahun. Memang berbakat dan banyak pencapaiannya sehingga beliau menjadi penyanyi terkenal dan unggul bukan hanya di Malaysia malah luar negara. 

Selain itu, penyanyi muda lain yang mengungguli anugerah utama antaranya ialah Aizat Amdan pada usia 20 tahun serta Hafiz Suip dan Misha Omar yang berumur 21 tahun.

6. Sebahagian artis tidak layak menjadi pemenang utama

Image via Berita Harian

Sebagai contoh, Aishah, Nash, Yasin Sulaiman, Jaclyn Victor, Hael Husaini dan kumpulan Estranged tidak dikira memenangi anugerah utama menerusi album debut mereka. 

Hal ini demikian kerana masing-masing pernah merakamkan album sama ada secara kumpulan ataupun secara bebas sebelum bergelar sebagai penyanyi solo atau penyanyi berkumpulan yang baru.

Guys, jangan lupa bersedia depan TV Ahad ini tau, pukul 9 malam di TV3! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: