Ronaldo Cipta Rekod Baharu, Jadi Pemain Pertama Jaring Gol Dalam 6 Edisi Piala Dunia

Baru meriah World Cup kali ni!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Goal.com & Boston Herald

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebuah rekod baharu di Piala Dunia berjaya dicipta Ronaldo selepas berjaya lakar sejarah jadi pemain pertama menjaringkan gol dalam enam edisi berbeza Piala Dunia

Menerusi laporan Harian Metro, rekod itu berjaya dicipta selepas penyerang Portugal itu akhirnya membuka tirai jaringan ketika menentang Uzbekistan di Houston, awal pagi tadi.

Pemain berusia 41 tahun itu berjaya memecah kebuntuan apabila menjaringkan gol seawal minit keenam menerusi penyudah dari jarak dekat.

Dalam perlawanan pertama Portugal, Ronaldo menerima banyak kritikan susulan aksi hambar menentang Republik Demokratik Congo yang berkesudahan seri 1-1.

Ronaldo sebelum ini gagal menjaringkan gol dalam 10 penampilan di kejohanan utama dan hanya mencatat satu bantuan jaringan.

SAYS.com
Image via AFP

Penampilan sulung bersama skuad kebangsaan Portugal pada 2003

Pencapaian yang diraihnya bermula semasa Ronaldo tersenarai sebagai pemain yang dipanggil ke Piala Dunia edisi 2006 di mana dia berjaya menjaringkan gol pertama ketika menentang Iran.

Bekas pemain Manchester United ini yang kini bersama Al Nassr di Arab Saudi, telah mempunyai 28 gol dalam 30 perlawanan liga musim ini.

Ronaldo hampir membuka jaringan seawal minit ketiga di Houston namun gagal menyentuh hantaran silang Nuno Mendes di bahagian tiang jauh.

Kekecewaan gagal menjaringkan gol itu bagaimanapun hanya sementara apabila dia berjaya menemui sentuhan penyudah beberapa minit kemudian untuk mencipta detik bersejarah dalam kariernya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik