seismik

"RT Sampai Jumpa" - Tolong Kawan Cari Awek Di Twitter, Tak Sampai 3 Jam, Terus Jumpa!

Power betul 'Kuasa Viral' dalam laman Twitter ini!

Cover image via Twitter @mynameismegud

Pada zaman kini, tiada apa yang mustahil dengan adanya telefon pintar, laman sosial, dan internet

Dengan hanya memuat naik video atau gambar di media sosial seperti Facebook, Instagram atau Twitter, ianya mampu meraih perhatian orang ramai dan menjadi tular atau ‘viral’, sehingga ada kalanya boleh memberi impak yang besar dalam hidup seseorang. 

Dengan kuasa viral ini, macam-macam boleh terjadi, baik perkara baik mahupun sebaliknya. Hanya dengan menekan satu butang ‘kongsi’ pada laman tertentu, apa sahaja maklumat mahupun perkara dapat disebarkan dengan kadar segera. 

Seperti yang berlaku kepada seorang lelaki ini yang berjaya menjumpai gadis yang tidak dikenalinya, hanya dengan kuasa retweet!

Semuanya bermula apabila Megat Zarif yang pada suatu masa itu sedang bersama kawannya yang dikenali sebagai Azam terlihat seorang gadis di sebuah kedai makan.

Azam yang sudah 7 tahun single tiba-tiba ter-berkenan dengan gadis itu, membuatkan Megat bertindak untuk mencarinya menerusi laman Twitter

Ekoran tularnya tweet tersebut dan dalam masa kurang dari 3 jam, pengguna-pengguna Twitter yang mengenali gadis itu terus memaklumkan kepadanya di ruangan komen, dengan cara mention nama Twitter-nya. Cepat betul warga Internet bertindak!

Menariknya, gadis itu turut meninggalkan komen balas pada tweet si Megat

Apa lagi? Megat terus menggunakan peluang ini untuk 'kenen'-kan gadis itu dengan kawannya, Azam

Wah, siap ada yang mendoakan mereka!

Kepak kepak kebing kebing. Eh, terbau nasi minyak!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kuasa viral juga telah temukan ibu ini dan anak-anaknya!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: