seismik

Lebih 324k 'Retweets', Kuasa Viral Di Twitter Bantu Penjualan Kedai Donut Ini Hingga Licin

Sebuah kedai donut yang pada mulanya 'krik-krik' akhirnya habis terjual dalam masa 24 jam selepas tweet viral. Power!

Cover image via Twitter @BillysDonutsHTX

"Ayah sedih sebab tiada siapa datang ke kedai donut barunya..."

Anak lelaki pemilik kedai Billy's Donuts yang terletak di Missouri, Texas telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa ayahnya yang baru sahaja membuka kedai donut sedang bersedih kerana kedai itu langsung tidak mendapat sambutan orang ramai.

Tweet tersebut telah mendapat perhatian orang ramai termasuklah admin Twitter sendiri dan meraih lebih 324k retweets ketika artikel ini ditulis.

Bukan setakat itu sahaja, selepas tweet itu mula viral, Billy's Donuts dikatakan telah mula kehabisan penjualan donut dalam masa 24 jam sahaja.

Power!

Nampaknya, kesedihan ayahnya hanyalah buat sementara waktu selepas kedai donut itu diserbu oleh orang ramai yang berkunjung

Ramai pelanggan yang berkunjung ke Billy's Donuts telah memberikan review/feedback positif mengenai donut yang dijual. Malah, ramai juga yang memuji tentang layanan yang diberikan oleh pemilik kedai donut tersebut.

Memang puas hatilah.

Donut yang dibuat habis terjual selepas tweet tersebut mendapat perhatian beberapa individu berpengaruh termasuklah admin Twitter sendiri.

Wah, bukan biasa biasa!

SOLD OUT!

Alhamdulillah. :)

Akaun Instagram Billy's Donuts juga telah mendapat lebih 98.2k pengikut sehingga kini. Memang tidak disangka, hanya dengan satu tweet, penjualan donut habis terjual dalam masa 24 jam dan ramai pelanggan mula berkunjung ke kedai tersebut.

Power juga kuasa viral Twitter ini. Jangan main-main!

Nak donut juga boleh tak?

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Alamak, ini donut mana pula ni?

You may be interested in: