seismik

Sahur Dengan Oligo Ramadan Ini, Menu Paling Mudah & Penuh Dengan Nutrisi!

Jom minum Oligo!

Cover image via Oligo Malaysia

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh Oligo.

Bulan Ramadan bakal tiba tak lama lagi guys!

Selalu bila dah nak masuk bulan Ramadan ini, semua mula lah tercari-cari apa menu yang paling mudah, berzat dan boleh memberikan tenaga berpanjangan betul tak? Bukan sahaja mak-mak, yang bujang ini pun sama!

Iyalah, susah nak kekal bertenaga bila tengah berpuasa ini. Mana nak tahan mengantuk, mana nak tahan lapar dan dahaga bukan?

Tapi Ramadan tahun ini anda tak payah susah-susah dah fikir, sebab admin nak suggestkan satu produk ini yang memang jadi kegemaran admin bertahun-tahun dah!

Paling best, produk ini telah disahkan HALAL oleh JAKIM dan merupakan produk Malaysia!

Protein, kalsium, vitamin dan mineral semuanya ada dalam satu pek!

Tak lain tak bukan mestilah Oligo!

Kalau anda ingat dulu ada iklan Oligo Koko yang buatkan admin teringat-ingat jingle tu sampai sekarang. Sejak itu lah admin mula minum Oligo ini!

Bukan sahaja padat dengan segala kebaikan yang anda perlukan untuk kekal cergas sepanjang hari, tapi ia juga lengkap dengan Nutrimax!

Paling best, Oligo diperbuat menggunakan bahan-bahan premium seperti Coklat Belgium bagi memberikan anda rasa yang lebih sedap dan rasa asli koko.

Memang hidangan lengkap lah! Confirm mengenyangkan!

Dari tin, kotak kecil sehingga la ke pek bersaiz besar, semua ada!

Image via Oligo Malaysia

Boleh dinikmati sejuk atau panas, Oligo boleh didapati dalam pelbagai jenis pek mengikut kegemaran anda.

Ada saiz 15's x 30g dan juga 15's x 950g bagi yang serbuk dan ada kotak serta tin! Pilih saja mana-mana yang bersesuaian dengan anda.

Mana yang tak cuba lagi Ais Oligo, boleh lah mula cuba hari ini. Anda boleh rasa sendiri lemak, pahit, manis, berkrim coklat Belgium itu lalu dekat tekak, memang fuh!

Oligo juga merupakan pilihan Dato' Azizulhasni Awang - Pocket Rocket Man kebanggaan Malaysia!

Image via Oligo Malaysia

Kalau The Pocket Rocket Man pun memilih Oligo tak akan kita nak pilih yang lain kan? Mana tahu, bila kita minum Oligo kita akan lebih bertenaga dan mudah untuk jadi lebih aktif seterusnya boleh jadi Pocket Rocket Man seterusnya? Haa, tak salah simpan angan-angan bukan?

Kalau selama ini anda tak tahu macam mana nak mula menyokong barangan Malaysia, jadi boleh lah mulakan dengan Oligo! 100% buatan Malaysia!

Oligo juga telah menyumbang sebanyak RM250,000 & USD100,000 bantuan kepada penduduk Gaza

Image via Oligo Malaysia

Sumbangan tersebut diberikan melalui Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad & Bulan Sabit Merah UAE! Selain itu, mereka juga akan menyumbang setiap RM0.50 daripada produk serbuk dan RM0.10 dari setiap pembelian produk sedia untuk diminum.

Memang berbaloilah untuk kita support Oligo! Sudahlah produk Malaysia, dapat menyumbang pula sambil membeli! Terbaik Oligo!

Anda boleh dapatkan produk Oligo ini di mana-mana kedai atau pasar raya yang berhampiran! Untuk maklumat lanjut boleh follow mereka di SINI!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik