seismik

[VIDEO] Penyamun Bawa Lari Lebih RM29 Ribu Samun Pelanggan Yang Sedang Makan

"Dalam keadaan panik dan takut saya beri beg tangan saya. Lelaki itu turut meminta dompet dan telefon bimbit rakan saya." - mangsa.

Cover image via SAYS

Makan malam sekumpulan pelanggan menjadi mimpi ngeri apabila disamun di sebuah restoran Ukay Boulevard, Taman Melawati, Hulu Klang, dua hari lalu

Video daripada kamera litar tertutup (CCTV) kejadian 9 malam itu telah viral di laman sosial yang mana sehingga kini mengundang pelbagai reaksi netizen.

Video berdurasi selama 1 minit 1 saat itu memaparkan beberapa penyamun bertopi keledar yang menceroboh masuk ke restoran sambil memegang parang sebagai alat untuk menakutkan pelanggan.

Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Hamzah Alias ketika dihubungi berkata, suspek adalah merupakan enam lelaki yang bersenjatakan parang

"Ketika kejadian, lapan pelanggan dan pekerja restoran didatangi enam lelaki bersenjatakan parang menyamun mangsa di dalam restoran berkenaan.

"Suspek mengacukan parang ke arah mangsa dan mengarahkan mereka menyerahkan barangan berharga.

"Enam suspek melarikan diri dengan menunggang tiga motosikal Yamaha LC dan kerugian dianggarkan RM29,745.70," katanya.

hmetro.com.my

Seorang daripada pelanggan yang menjadi mangsa samun berkata, kejadian berlaku pantas dan dia turut mendengar penyamun tersebut memarahi pemilik restoran kerana tidak membayar wang perlindungan

"Dia(penyamun) gertak saya sambil pegang parang dan meminta saya serahkan barang saya.

"Dalam keadaan panik dan takut saya beri beg tangan saya. Lelaki itu turut meminta dompet dan telefon bimbit rakan saya," katanya yang enggan dikenali.

Saksikan video kejadian tersebut di bawah:

INFO AWAM.BERHATI2 DGN GENG ROMPAK KEDAI MAKAN.Awas, ini rompakan di sebuah restoran di ulu klang (rakaman cctv 6.5.2017). Ambil langkah berjaga jaga ketika keluar makan, ke restoran atau warung. Jgn bawa byk brg brg yg berharga. Kita tak tahu mana lagi geng samun bermotor ni akan target dlm masa yg terdekat ni. HARAP PDRM DPT BERKAS MRK INI.Samun di Restoran Kejadian berlaku malam semalam di sebuah restoran di Taman Melawati, Ampang, Selangor.6 lelaki bersenjatakan parang menyamun pelanggan dan pekerja restoran terbabit.Suspek juga mengambil wang tunai dari peti tunai restoran dan melarikan diri.Kejadian berlaku begitu pantas.Anggota dari Balai Polis Taman Melawati bergegas ke lokasi sebaik menerima aduan.8 orang menjadi mangsa samun termasuk 5 wanita.Kerugian dianggarkan bernilai hampir RM30,000.Siasatan dijalankan termasuk meneliti rakaman CCTV.Orang ramai yang mengetahui mengenainya diminta tampil membantu siasatan.

Posted by Azlee 1DSJY on Sunday, 7 May 2017

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sebelum ini:

You may be interested in: