"Selalu Lapar" - Gelagat Gadis Yang Suka Makan Setiap Masa Ini Buat Ramai Boleh Relate
Berapa banyaklah makanan dia simpan dalam beg.
Kita pasti pernah mempunyai seorang rakan yang kuat makan tetapi badannya tetap kurus
Kadang-kadang boleh naik hairan juga, tangannya itu tidak pernah lekang dengan makanan tetapi badannya masih maintain fit.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini, gelagat seorang gadis yang dilihat setiap masa nak makan jadi tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Baru rehat sekejap, sudah keluarkan makanan dari dalam beg
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @kakfitttttttt di TikToknya, gelagat gadis itu yang dilihat sentiasa lapar tanpa mengira tempat jadi perhatian ramai.
Lebih menghiburkan, dia dan rakan-rakannya berehat sebentar ketika hiking. Gadis itu sempat mengeluarkan snek dari dalam begnya itu.
Malah, reaksi gadis itu turut mendapat perhatian warganet kerana tabiat suka mengunyah dan sentiasa lapar itu mampu menghilangkan bosan mereka.
"Macam mana boleh maintainkan badan?" - Netizen
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan reaksi gadis tersebut dan ramai yang menganggap itu perkara biasa bagi seorang perempuan.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan kini telah meraih 435.6K tontonan, 32.4K tanda suka dan 123 komen di TikTok.
Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!