seismik

[VIDEO] Aksi Kanak-Kanak Riuh Bertukar Senyap Selepas Lihat Bapa Buat Ramai Boleh Relate

Mesti bapanya ini jenis garang.

Cover image via @fenderz01 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mempunyai seorang bapa yang garang merupakan cabaran terbesar buat anak-anak ketika di usia kecil

Iyalah, jika ada apa-apa masalah atau permintaan, anak-anak lebih selesa bercerita kepada ibu berbanding bapa.

Baru-baru ini, tular satu video berkenaan gelagat dua orang kanak-kanak yang bertukar mood ketika bapa lalu di hadapan mereka telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Seronok menari depan TV, terus duduk terdiam masa bapa datang

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @fenderz01 di TikTok, gelagat dua orang kanak-kanak yang dilihat seronok menari di hadapan televisyen bertukar suasana selepas bapa mereka muncul di ruang tamu.

Melalui rakaman CCTV itu, kehadiran bapa membuatkan mereka duduk diam fokus kerana takut dimarahi.

Lebih melucukan, selepas bapanya pergi dari ruang tamu, mereka berdua sambung menari dengan galaknya.

"Dengar bapa berdehem pun dah takut" - Netizen

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan berkongsi pengalaman ketika mereka kecil.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 807.3K views, 32.2K likes dan 1116 comments di  TikTok.

Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aura bapa ni lain macam sikit, tanya sikit pun boleh meleleh air mata tanpa sebab :')

Image via TENOR

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: