seismik

"Seronok Betul Dia" - Gelagat Lucu Monyet Menari Ketika Kerja Ini Undang Tawa Warganet

Alahai, comel pula kita tengok dia joget.

Cover image via @haykal.._ (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Monyet merupakan spesies binatang yang mudah dengar kata dan rajin buat kerja

Jika kita hidup di kawasan pedalaman kampung, kita pasti sering melihat monyet dijadikan haiwan belaan dan membantu kerja mengambil buah kelapa.

Baru-baru ini, tular satu video berkenaan seorang lelaki yang merakam gelagat monyet belaannya menari undang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tuan suruh joget, pandai pula dengar kata

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @haykal.._ di TikTok, gelagat seekor monyet belaannya yang menari apabila mendengar lagu jadi perhatian ramai.

Ketika monyet belaannya itu sedang bekerja di atas sabut-sabut kelapa, tuannya dengan sengaja memanggil dan mentertawakannya.

Lebih menghiburkan, monyetnya itu dengan selamba menggerakkan tubuhnya dan menari secara tiba-tiba.

Lihat video tanpa audio tambahan di bawah:

"Pengaruh TikTok yang semakin berleluasa" - Netizen

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat lucu monyet itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 596.8K tontonan, 59.2K tanda suka dan 3.8K perkongsian di TikTok.

Berikut di bawah adlaah komen menarik daripada netizen di TikTok:

Siapalah yang ajar monyet ni menari :D

Image via TENOR

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: