"Tak Sempat Tanggal Helmet" - Gelagat Atok Teruja Dapat Tahu DSAI Jadi PM Ini Curi Tumpuan
Seronok betul tengok reaksi atok tu.
Semangat Reformasi 1998 merupakan satu gerakan yang diingati oleh golongan-golongan otai sehingga kini
Kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) selepas dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10 baru-baru ini turut mengundang reaksi gembira generasi golongan otai ini.
Baru-baru ini, tular satu video berkenaan seorang atok yang terkejut dan gembira selepas dapat tahu yang DSAI menjadi Perdana Menteri telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tak sempat tanggal helmet, gembira sambil minta bergambar dengan bendera parti
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @hyrfqgh di TikTok, gelagat seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 70-an itu gembira selepas mendapat tahu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Ke-10.
Perjuangan Reformasi oleh DSAI pada tahun 1998 membuka minda dan menaikkan semangat menentang korupsi pada generasi masa itu.
Rata-rata netizen turut berkongsi cerita berkenaan ibu bapa mereka yang sudah lanjut usia juga terharu atas kemenangan tersebut yang memakan masa lebih 20 tahun.
"Orang yang setia dengan Reformasi 1998 je faham perasaan apabila Anwar jadi PM" - Netizen
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen terhibur dan terharu melihat gelagat atok yang comel itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 287.8K views, 35.9K likes dan 1544 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!