"Ingatkan RMT" - Aksi Lelaki Selamba Tak Mahu Bayar Lepas Makan Di Mamak Raih Dekah Ramai
Amboi, ingat makan percuma ke?
Rancangan Makanan Tambahan (RMT) merupakan satu inisiatif yang dapat meringankan beban murid-murid di sekolah
Iyalah, tidak semua kanak-kanak di Malaysia mendapat nutrisi yang cukup disebabkan masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarga mereka.
Lain pula yang jadi apabila video gelagat seorang lelaki tular gara-gara lari selepas makan di mamak kerana tidak bayar telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Cuba cabut lari kerana tidak mahu bayar, alasan mengarut pula yang digunakan
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @fizzy_aziz di TikToknya, gelagat lucu seorang lelaki yang dikejar oleh anne di sebuah kedai mamak jadi tumpuan.
Lebih melucukan, aksi lelaki itu dengan selamba cabut lari kerana tak mahu bayar makanan di mamak membuatkan orang di sekeliling terpinga-pinga.
Malah, lelaki tersebut menggunakan alasan dia menyangka makanan tersebut adalah Rancangan Makanan Tambahan (RMT).
"RMT ada dekat sekolah rendah je ye, bukan dekat kedai mamak" - Netizen
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat dan jawapan daripada lelaki berkenaan.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 433.2K tontonan, 21.4K tanda suka dan 273 komen di TikTok.
Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!