seismik

Selepas Hampir Sebulan Meninggalkan Kita, Akaun Instagram Milik Abam Bocey Kembali Aktif!

Sekurang-kurangnya dapatlah kita ikuti perkembangan anaknya, Hamzah.

Cover image via ismaweb

Pelawak, Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mohktar Syed Mohd Redzuan telah mengejutkan industri hiburan tanah air apabila beliau disahkan meninggal dunia pada 10 Februari lalu

'Pergi' di usia 32 tahun, arwah telah meninggalkan balu iaitu Siti Nurhidayah Mohd Ali dan juga seorang bayi lelaki yang bernama Syed Uthman Hamzah.

Sejak dari pemergian arwah hampir sebulan lalu, akaun media sosial miliknya terutama Instagram telah sepi dari sebarang status terkini.

Namun terbaru, kurang dari tempoh 24 jam yang lalu, akaun Instagram milik arwah telah mula diaktifkan semula oleh balu arwah

Menerusi satu kemaskini terbaru yang dimuat naik oleh Hidayah di Instagram Abam @abam_bocik, wanita itu berkata mulai hari ini akaun tersebut akan dikendalikan oleh dirinya sendiri dengan memberikan perkembangan terkini anak mereka iaitu Hamzah.

Katanya, perkara itu dibuat atas permintaan ramai yang mahu serta berminat untuk mengikuti perkembangan bayi kecil itu selepas ketiadaan arwah.

Status pertama yang dimuatnaik Nurhidayah itu adalah foto anak mereka Hamzah yang kini berusia sembilan bulan.

Posting tersebut telah mendapat perhatian pengikut Abam di Instagram yang rata-ratanya meluahkan rasa syukur dan gembira dengan perkara tersebut

Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya dapat juga kita mengetahui perkembangan terbaru bayi kecil Allahyarham Abam. Semoga Hamzah dapat membesar dengan baik.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: