seismik

Seorang Bapa Berdepan 632 Dakwaan Liwat Dan Rogol Anak Kandung Sendiri Berusia 15 Tahun

Astaghfirullah.

Cover image via shanghaidaily.com

Seorang bapa dijangka bakal berdepan dengan sekurang-kurangnya 600 dakwaan meliwat serta merogol anak kandungnya

Image via Berita Harian

Seorang lelaki berusia 37 tahun dijangka bakal berdepan dengan sekurang-kurangnya 600 dakwaan meliwat serta merogol anak kandungnya di Mahkamah Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak esok, menurut laporan dari Berita Harian.

Lelaki terbabit dipercayai melakukan perbuatan keji itu terhadap anak perempuannya yang berusia 15 tahun sejak dua tahun lalu. Mangsa tinggal bersamanya ekoran perceraiannya dengan isteri.

Suspek kini berada dalam tahanan reman sejak 26 Julai yang lalu.

Memetik kenyataan daripda Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Fadzil Ahmad, suspek akan berhadapan dengan 632 pertuduhan yang membabitkan kesalahan mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 serta Akta Kanak-kanak 2016.

"Suspek akan didakwa di Mahkamah Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak esok membabitkan 599 kesalahan meliwat serta satu dakwaan merogol.

"Dia juga berdepan 30 pertuduhan mengikut Seksyen 14/16 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan masing-masing satu pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a)dan Seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-kanak 2016,"
tambahnya lagi.

Image via Buzz Nigeria

Bagi tuduhan meliwat, jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 377C, tertuduh boleh dipenjara di antara lima hingga 20 tahun dan dikenakan sebatan.

Berdasarkan 599 pertuduhan liwat yang dihadapinya, lelaki itu boleh berdepan hukuman penjara berjumlah hampir 3,000 tahun.

Bagi kesalahan merogol anak kandung atau sumbang mahram mengikut Seksyen 376B tertuduh boleh dihukum penjara 10 hingga 30 tahun dan dikenakan sebatan.

Difahamkan tertuduh ditahan polis selepas mangsa menceritakan nasib malang yang menimpa dirinya itu kepada ibu kandung, selepas mengetahui bapanya itu berhasrat untuk mengambil dua lagi adiknya yang berusia sembilan dan 11 tahun untuk tinggal bersama.

Image via emaze

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi kes berkaitan bapa yang kejam:

You may be interested in: