Sepakat Tolong Buang Minyak Diesel Dari Motor, Netizen Pula Kecam Bahayakan Pengguna Lain
Macam mana boleh tak sedar tu?
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kebiasaannya kenderaan yang kita gunakan memerlukan minyak petrol lebih berbanding minyak diesel
Ia semua bergantung kepada jenis kenderaan itu sendiri. Minyak petrol ini memang sangat penting untuk kenderaan sebab kalau tidak, tidak dapatlah bergerak sesebuah kereta itu.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang pemuda dengan tidak sengaja mengisi minyak diesel ke dalam tangki motornya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tersilap letak minyak diesel dalam motor, terpaksa minta tolong rakan buang
Menerusi video tersebut, difahamkan pada awalnya seorang lelaki ingin mengisi minyak petrol di sebuah stesen minyak.
Namun, dia dengan tidak sengaja terisi minyak diesel di dalam tangki motornya membuatkan dia menyedarinya dan terus meminta bantuan rakan-rakannya.
Rakan-rakannya itu dilihat gigih dan sepakat untuk terbalikkan motor berkenaan untuk membuang minyak diesel tersebut di tepi jalan raya.
"Mendatangkan bahaya buang tepi jalan macam tu" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen seperti mengecam tindakan mereka kerana membuang minyak di tepi jalan. Malah, ada juga yang memberikan pandangan mereka masing-masing mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 977.8K views, 65K likes dan 1,894 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Harap next time abang tu lebih berhati-hati nak isi minyak supaya tak bahayakan diri sendiri dan orang sekeliling :)