SFC Terima Panggilan Telefon Individu Tak Dikenali, Dua Pengurusan Sasaran Seterusnya?
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, setakat ini dua laporan diterima daripada pihak pengurusan itu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Susulan serangan terhadap Faisal Halim, pengurusan Selangor FC (SFC) akan diambil keterangan oleh pihak polis dalam masa terdekat ekoran didakwa menjadi sasaran seterusnnya
Dua individu tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon dan Jurulatih, Nidzam Jamil.
Menurut sumber, pegawai Selangor FC memaklumkan perkara itu kepada Johan ketika melawat tonggak skuad Gergasi Merah, Faisal di sebuah hospital swasta, pada Ahad.
Sumber berkata, pegawai berkenaan mendapat panggilan daripada individu tidak dikenali yang mengatakan Johan mangsa seterusnya dan perlu berhati-hati kerana dibimbangi menjadi mangsa simbahan asid.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, setakat ini dua laporan diterima daripada pihak pengurusan itu.
"Dua laporan bersangkut kes Faisal setakat ini dan ia sebahagian daripada siasatan.
"Setakat ini, pegawai pasukan yang menerima panggilan tidak membuat laporan (polis), tetapi dipanggil untuk keterangan semalam," katanya.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, pihaknya sudah menghubungi kedua-dua individu berkenaan.
“Semalam kita sudah hubungi dan akan ambil keterangan kedua-dua mereka,” katanya selepas melakukan tinjauan di kawasan kejadian.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!