seismik

#SFMM38: Ernie Zakri Masih Lagi Bersama Rocketfuel Ketika Lagu Astana Dicalonkan

Nadeera bakal gantikan Ernie Zakri di pentas SFMM38 untuk menyanyikan lagu Astana.

Cover image via Rocketfuel Entertainment & Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pihak Rocketfuel Entertainment akhirnya tampil menjawab spekulasi ramai berhubung ketiadaan penyanyi asal lagu 'Astana', Ernie Zakri di Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 (SFMM38)

Pihak Rocketfuel Entertainment berterima kasih dan menghormati sedalam-dalamnya harapan dan juga sokongan setiap peminat yang telah berusaha keras dalam memastikan lagu 'Astana' mara ke SFMM38.

Menjelaskan perkara itu, lagi Astana dicalonkan untuk program Muzik-Muzik pada bulan Februari 2023 dan ketika itu, Ernie masih lagi di bawah naungan Rocketfuel Entertainment dan pihak mereka menghormati keputusan yang telah dibuat oleh pihak pengurusan Ernie untuk tidak terlibat dalam menyanyikan lagu ini di pentas SFMM38.

Pihak Rocketfuel Entertainment sentiasa bersedia untuk berkolaborasi dengan mana-mana pihak untuk mengetengahkan hasil karya artis-artis Malaysia bagi peminat muzik tanah air.

Ernie Zakri

Image via Kosmo!

Nadeera bakal gantikan Ernie Zakri di pentas SFMM38

Sebagai rekod, dua artis lain iaitu Amira Othman dan juga Syamel yang tidak lagi berada di bawah naungan Rocketfuel Entertainment telah bersetuju untuk membawa lagu nyanyian mereka di pentas SFMM38. 

Malah, pihak Rocketfuel Entertainment juga sentiasa bersedia dan bersifat terbuka untuk bertemu serta berbincang dengan mana-mana pihak yang sudi untuk bersama membolehkan penyanyi asal membawa hasil karya mereka di pentas SFMM38.

Untuk menghormati acara berprestij seperti SFMM38, pihak Rocketfuel Entertainment memilih penyanyi Nadeera yang juga juara program Big Stage untuk menggantikan dan menyanyikan lagu ‘Astana’.

Pihak Rocketfuel Entertainment yakin dan pasti dengan pemilihan ini kerana Nadeera merupakan calon yang amat sesuai untuk membawakan lagu ‘Astana’ dan memastikan lagu ini dinyanyikan dengan seadilnya.

Lihat kenyataan penuh rasmi daripada Rocketfuel Entertainment di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: