seismik

Stress Bekerja? Ini Cara Terbaik Untuk 'Release' Tension Korang, Confirm Rileks!

Kalau buat semua aktiviti ini mungkin boleh hilangkan stress korang tu.

Cover image via Whatsapp

Banyaknya kerja dekat office. Fail bertimbun-timbun masih belum settle walaupun dah hampir hujung minggu. Mak aihh.. Apa nak buat kalau stress macam ni eh?

Image via PopKey

Nak pergi jalan-jalan, kena pakai duit yang banyak pula. Kalau dapat pergi tempat ramai orang yang tidak perlukan duit yang banyak pun ok ni, tapi kat mana dan festival apa ada sekarang? Hmmm..

Dengar-dengar ada festival yang akan diadakan di Sungai Petani, Kedah nanti. Macam best kalau pergi, murah pun murah, aktiviti banyak gila dari pagi hingga lewat malam. Festival apa tu?

Festival Gegaria lah! Yes, festival ini masih belum berakhir ya!

Kini Festival Gegaria bakal membawakan kelainan dengan pelbagai aktiviti menarik serta keriangan tanpa henti buat anda sekeluarga!

Image via Berita Harian

Selepas menggegarkan beberapa buah negeri, Festival Gegaria tidak terhenti setakat itu sahaja. Kini mereka kembali buat kali ke-7 berlokasi di Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah pula.

Warga Kedah sudah bersedia untuk berhibur sepanjang hari dan mengambil tempat dalam semua aktiviti yang bakal dijalankan? Jika sudah, jom kita tengok aktiviti apa yang ada di Kedah nanti!

1. Sebelum berhibur, jom buat aktiviti yang menyihatkan bersama keluarga! Instructor pun handsome kemain, woah!

Image via Berita Harian
Image via Nazlan Nasir

Aktiviti ini dipanggil Fitness Dance dan ianya sesuai untuk semua peringkat umur. Jadi, jangan risau tua ke muda ke, masih boleh join! Tak ada yang extreme pun, semua aktiviti adalah untuk anda lebih rileks di festival ini.

Macam mana nak register? Boleh klik di link ini!

Tadi admin ada mention tentang instructor yang handsome kan? Ha, nak tahu siapa? Hanif Shawn lah!

Image via The Star

Aktiviti Fitness Dance ini bakal dikelolakan oleh Hanif Shawn yang akan bermula pada jam 8:30am - 10:30am.

Jika anda ingin bersama-sama dengan mereka untuk melakukan aktiviti sihat ini, boleh mendaftarkan diri dan berpeluang mendapatkan Goodie Bag khas dengan barangan eksklusif Gegaria.

2. Jangan risau, makanan pun ada! Sedap-sedap okay! OMG rasa macam nak makan semua je!

Image via SAYS.COM
Image via SAYS.COM
Image via SAYS.COM

Di festival ini juga anda bakal dihidangkan dengan lambakan makanan daripada 14 buah negeri yang berbeza. Boleh pecah perut beb! Percayalah, anda mesti rasa macam nak beli semua sebab memang nampak sedap gila. Tak rugi kalau cuba semua untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan.

3. Nak belajar masak? Boleh saja, cari je booth Dapur Panas, di sana akan ada demo masakan bersama Chef Ikhwan Mustafar

Image via Harian Metro

Apa yang menarik di booth ini adalah anda akan dihiburkan dengan Cooking Demo bersama pemenang Hero Oven musim kedua iaitu Chef Ikhwan Mustafar yang begitu berbakat dalam bidang masakan.

Jangan risau, kalau anda tak pandai masak, boleh mula belajar di booth ini ya. Oh ya, sebelum terlupa, anda juga boleh mengambil tempat dalam peraduan yang bakal dianjurkan iaitu Makan Challenge. Siapa yang menang akan menerima merchandise ekslusif daripada JJCM. Fuh best kan?!

Jangan lupa singgah ya!

4. Ingin mengimbau kenangan masa lampau sambil belajar sejarah? Jom masuk Throwback Tunnel!

Dengar cerita ada TV antik yang memaparkan sejarah Malaysia. Wow, best!

Throwback Tunnel ini bakal membawakan ilustrasi gambar tinggalan sejarah dari tahun 1950-an sehingga kini, sumber dari New Straits Times Press (NSTP).

Semua artwork ini telah direka khas oleh kakitangan NSTP dari AdStudio sempena meraikan pencapaian kejayaan Malaysia dalam pelbagai bidang. Anda juga berpeluang untuk belajar sejarah di dalam terowong istimewa ini yang dibawakan untuk semua pengunjung di Festival Gegaria.

Boleh masuk bermula jam 8:30am - 8pm ya.

5. Anda seorang 'kaki game'? Takde hal lah! Ada booth istimewa untuk anda. Jangan lupa untuk singgah ke booth E-Games!

Bukan main kosong ya, ada tournament yang menjanjikan hadiah wang tunai sehingga RM10,000! Fuhhh..

Image via Gifimage.com

Booth MyGameOn eSports Zone ini membolehkan anda bermain game seperti:

1. Tournament eSports FIFA Online 3

  • Hadiah terkumpul RM10,000
  • Champion: RM3,000
  • 1st Runner-Up: RM2,000
  • 2nd Runner-Up: RM1,500 X 2 winners

Pusingan kelayakkan akan diadakan di tempat yang berikut:

  • Lokasi 1: Sp Web Cam - Tingkat 1, Bangunan Lebuh Intan, Taman intan, Sungai Petani, Kedah.
  • Lokasi 2: Znet - 21, Lorong 13, Taman Petani Jaya, Sungai Petani, Kedah.
  • Untuk mendaftar, boleh klik di link ini! Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh klik di sini!
  • Nota penting: Setiap lokasi hanya akan melimitkan pendaftar sehingga 64 orang sahaja ya. Siapa cepat, dia dapat.
2. Tournament 'Tekken 7'
  • Hadiah terkumpul RM3,000
  • Champion: RM1,200
  • 2nd: RM600
  • 3rd: RM400
  • 4th: RM300
  • 5th & 6th: RM150
  • 7th & 8th: RM100
Untuk mendaftar, sila klik di link ini! 32 orang sahaja yang bakal terpilih ya.

3. F1 Racing Simulator Challenge
Hadiah terkumpul RM2,000
Champion: RM800
1st Runner-Up: RM500
2nd Runner-Up: RM300
3rd & 4th: RM200 setiap seorang

Anda tidak perlu mendaftar untuk sertai, datang je di Festival Gegaria, Sungai Petani, Kedah nanti okay! Jangan lupa janji temu kita di Booth E-Games nanti!

4. On-ground Gaming Zones by Kitamen:
  • VR game: “Until Dawn: Rush Of Blood”
  • PS4 game: “Dragon Ball Z”
  • Nintendo Switch game: “Mario Kart 8 Deluxe”
Aktikel berkaitan: Booth E-Games Di Festival Gegaria!

6. Nak main permainan tradisional macam kecik-kecik dulu? Ada je untuk korang semua! :)

Kalau anda tidak sukakan online games, boleh juga mengimbau masa lampau ketika kecil dengan permainan tradisional yang anda selalu main petang-petang lepas balik sekolah dulu. Hehe, anda ingat tak antara permainan kat bawah ni:

  1. Giant Congkak
  2. Timbang Takraw
  3. Giant Bubble
  4. Skipping Rope
Best-nya kalau dapat main! Kalau nak, boleh singgah Festival Gegaria nanti ok! Semua ada untuk anda semua. Nampak tak, anda memang tak akan bosan punyalah.

7. Ingin bertemu dengan artis kesayangan dan beramah mesra bersama mereka? Untuk korang semua pun boleh! Jangan lupa untuk singgah di booth Lifestyle tau!

Siapa influencer dan artis terkenal yang bakal menghiburkan anda di booth Lifestyle nanti?

Kita ada Scha Alyahya & Awal Ashaari, Faiz Dickie & Vikar, Elfira Loy, Padin & Noh Salleh, Nabila Razali, Hanif Shawn, Chazynash, Reen Rahim & Eyka Farhana & Wani Kayrie.

Anda boleh mendengar pelbagai jenis topik perkongsian oleh setiap artis dan influencer yang bakal menghiburkan anda di booth Lifestyle ini! Jadi jangan lupa untuk singgah ya. Check betul-betul itinerari yang bakal keluar nanti, pukul berapa untuk slot setiap artis, baru tak terlepas!

8. Masa untuk mengundi dah hampir tiba tapi anda masih belum tahu kawasan mengundi? Boleh check di booth Gegaria Community khas untuk semua pengunjung! Senangnya semua benda ada.

Bukan itu sahaja, nak periksa tahap kesihatan anda juga boleh. Yang penting semua ini tidak dikenakan sebarang kos. PERCUMA sahaja. Sebab itu anda tidak boleh terlepas untuk kunjung setiap booth yang ada di Festival Gegaria ini!

9. Ingin berhibur di konsert penutup yang dibawakan khas untuk pengunjung yang datang dari pagi hingga malam? Oh yeeeah! Saat yang paling dinanti oleh semua!

Bila dah penat join semua aktiviti di waktu siang, malam tu ada 'reward' untuk anda semua yang sabar menanti. Ha, konsert lah apa lagi!

Line-up artis untuk warga Kedah memang gempak gila. Jangan terlepas satu pun ok! Pastikan anda stay di Festival Gegaria sehingga berakhir.

Ini antara artis yang bakal menggegarkan pentas Gegaria untuk anda semua adalah Hujan, Akim & The Majistret, Faizal Tahir, Bunkface, Plague Of Happiness, Kugiran Masdo, Stacy, Orkes A. Hizadin dan Bell Yu Tian.

Fuh ramainya! Kalah Festival Gegaria di lokasi sebelum ini. Barisan artis terkenal tanah air ini dibawakan khas untuk anda yang bakal hadir nanti. Special habis ni sampai line-up pun gempak gila.

Oh ya, di konsert nanti anda jangan lupa untuk buat insta-stories atau facebook live ya! Boleh post di akaun media sosial masing-masing dengan hashtag #GoGegaria #GegariaFest #KitaOK #YouCanDuit. Kalau rasa hashtag terlalu panjang, boleh copy paste je! ;)

Aktikel berkaitan: Festival Gegaria Konsert Line-Up. SYOK!

10. Eh bukan itu sahaja, di Booth Boost juga ada buat tournament tau nanti! Kalau anda menang, boleh dapat wang tunai dari Boost! Wow, macam best je..

Image via Berita Harian
Image via Berita Harian

Anda pernah dengar tentang aplikasi Boost tak? Nanti di Festival Gegaria mereka akan mengadakan mini tournament tau. Antara game yang akan ada nanti adalah:

  • Game: Mario Kart 8 Deluxe
  • Played On: Nintendo Switch

Anda mungkin bakal berpeluang memenangi wang tunai terkumpul iaitu RM1,000! Mana tak syok kan? Macam mana nak register? Tak perlu, hanya walk-in je. 

Setiap team akan ada 4 orang pemain sahaja ya. Pastikan anda bawak geng! Selain berhibur, boleh dapat wang tunai. Syok!

#GoGegaria #GegariaFest #KitaOK #YouCanDuit

Jangan lupa temu janji kita! Blok tarikh dan masa ini untuk sama-sama memeriahkan Festival gilang-gemilang yang dibawakan khas untuk anda semua!

  • Tarikh: 15 April 2018 (Sabtu)
  • Masa: 8 pagi hingga 11 malam
  • Tempat: Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah
Jumpa anda di sana!

Jangan lupa follow Facebook dan Instagram Gegaria untuk update yang terkini! :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!